Thursday, April 11, 2013

Satu Permainan


Ini semua hanyalah satu permainan. Separuh orang tahu dan separuh orang tak tahu. Yang tak tahu tu biar kan ajalah. Habis nak buat macam mana. Kalau siapa rajin terangkan pada diorang, terangkan ajalah. Tapi kalau korang kena reject jangan la frust pulak.

Yang mengaku tahu pun kena tahu jugak apa yang diorang/korangb  tahu. Tahu permainan siapa? Ada yang kata permainan Dajjal. Sebab sistem pun dah tak betul. Ada yang kata sana tak betul, ada yang kata kat sinun pun tak betul. Yang mengata benda/perkara tak betul tu sudah tentunya mengaku dia yang betul.

Cuba kita tengok dari perkspektif yang lain. Permainan ini semua sangat indah. Sebab perancangnya sangat genius dan tiada satu pun boleh lawan ke genius an Nya. Dalam permainan ini complete semua ada. Dalam masa seronok bermain, sambil tu boleh mencarut, boleh memfitnah, macam macam watak keluar. Kalau disenaraikan watak dan cara bermainnya memang panjang.

Malahan, ada yang tahu, keputusan permainan pun sudah ada, cuma belum officially announce sahaja. Yang suka bermain tu, teruskan sahaja bermain. Ini adalah antara nikmat nikmat yang diberi kepada manusia. Yang tak tahu ini semua satu permainan tok nak kata buat lah pilihan yang terbaik. Tapi bagi yang tahu ini semua satu permainan tok nak kata apa lagi, sama ada korang teruskan bermain atau duduk tepi tengok aja.

SELAMAT MENGUNDI.

No comments:

Post a Comment