Dulu masa zaman zaman hitam, ada lah tok belajar sikit sikit pasal sihir hitam ni. Tok guru tok tu panggil Dark Art. Ada yang guna gambar. Ada yang guna tulisan. Ada guna pendulum. Main bakar kertas. Ada guna conteng conteng dinding dan macam macam lagi. Tapi tok tak ada la mempraktik kan. Sekadar ambik tahu ja. Bak kata wurang kampuang tok, "Know your Enemy". Kalau nak gaduh ngan ahli sihir nanti, serba sedikit tok tahu lah ilmu apa diorang guna.
Tapi Dark Art yang tok belajar ni, orang melayu tak pakai atau jarang pakai. Sebab orang melayu panggil ilmu gelap ni sihir atau Ilmu Hitam. Bunyi nya lain, walau pun maksud sama. Lagi pun Dark Art ni tak la se power ilmu sihir orang melayu (ini pendapat tok ja). Lawan kepada Dark Art ni adalah White Art. Tapi sebenarnya tak jauh beza pun. Tujuan dia sahaja yang menjadikannya Dark atau White.
No comments:
Post a Comment