Thursday, May 16, 2013

Cikgu.Cikgi



Arwah unyang jantan dulu cikgu. Unyang perempuan pun dengarnya pernah jadi cikgu. Tok ngah dengan Nek ngah pun cikgu. Nenek dulu pernah jadi cikgu sandaran. Tok pun pernah jadi cikgu tusyen sehari. Yang mengajar tok masa sekolah rendah pun cikgu. Yang mengajar tok masa sekolah menengah pun cikgu jugak. Masuk Kolej Matrikulasi pun yang ngajar tok cikgu jugak. Cuma waktu universiti aja tok tak panggil cikgu, sebab diorang ni pensyarah. Yang ngajar tok baca jawi, cikgu daud. sekarang duduk kat hujung tanjung, kampung sitiawan. Yang ngajar tok hisap rokok, Apple, Hatta dengan Kulop (tapi tok dah tak merokok sekarang). Kudin tak terlibat, sebab waktu tu dia cuti accident motor.

Yang mengajar tok mengaji tok panggil ustazah. Tok tak pernah belajar mengaji dengan ustaz. Ustaz dia ngajar lain, ustaz ajar tok munakahat. Kebetulan ustaz yang sama mengajar tok di sekolah menengah, juga mengajar tok di kolej matrikulasi. yang mengajar tok kilat kasut, gosok baju sampai side boleh luka jari adalah senior senior waktu di cawangan putera. Ada juga cikgu tok dahulu yang sekarang ni mengajar anak anak tok pulak.

Tok pernah jugak belajar boxing dan taekwondo masa sekolah menengah, tapi tok tak ingat tok panggil diorang ni cikgu ke apa. Yang ajar tok guna tekpi tok panggil Abang. Yang ajar tok Lian, tok panggil dia Ha. Yang ajar tok bawak kereta tok panggil cikgu. Unyang jantan pun ada ajar tok bawak kereta jugak. Motor tok belajar sendiri, basikal tok belajar sendiri. Tapi dengan kebenaran dan galakan unyang jantan. Yang dok ayat dan ajar tok main Mountain bike tok panggil tok abu.

Ada yang ajar tok main buluh runcing dalam mimpi, tapi tok tak kenal. Yang ajar tok tangkap jin dalam mimpi pun ada, pun tak kenal. Ada yang nak ngajar tok merawat, tapi tok tolak sebab tak mau jadi bomoh. Yang ni tak sempat jadi cikgu tok. Ada jugak yang ngajar tok cara melepaskan diri ketika dihimpit jin. yang ngajar ni pulak adalah jin yang suka himpit orang.

Banyak lagi cikgu.cikgi tok ni. Kalau nak senarai boleh tak tidur malam ni. dan senarai cikgu cikgu tok mungkin bertambah lagi (insyaAllah) esok hari, sebab tok tak tahu apa ilmu yang akan tok pelajari esok. Ada juga ilmu yang tok pelajari dari anak anak tok, binatang binatang, budak budak, anak anak jiran. Senang kata semua manusia, jin, IBLIS, Syaitan, tumbuhan, binatang dan apa sahaja adalah CIKGU tok. Terpulang sama ada cikgu yang memberi ilmu yang bermenafaat atau tidak. Apa apa hal pun, terima kasih CIKGU, kecuali SYAITAN dan IBLIS.

Semuanya masih tertakluk dalam hukum INSYA ALLAH...

Saturday, May 11, 2013

Tak Tahu Tajuk Apa Nak Beri


Entah apa la mimpi tok malam tadi. Hari ini terbuku buku hati tok nak memberitahu  yang barang siapa sahaja yang masih berhutang duit dengan tok, maka tok telah halalkannya. Tak perlu lagi pening pening memikirkan untuk membayar. Kalau degil, masih nak membayar juga, sila sedekahkan pada anak anak yatim atau masjid atas nama sendiri. Entah mengapa, sejak dua menjak ni rasa rezeki berlebih lebih pulak, tapi bukan dari segi wang ringgit. Tok tahu, Allah bagi rezeki dari pelbagai cara, hati senang, itu rezeki. hati susah, itu pun rezeki. sakit pun satu rezeki. Duit yang tok bagi korang pinjam tu pun bukan duit tok, duit rezeki dari Allah.

Tapi tak logik la pulak kalau kita halalkan duit orang pinjam. Tapi kita tak mintak sesuatu balik. Nanti orang kata sombong, tapi kalau mintak sesuatu balik orang kata tak ikhlas pulak. Lantak le orang nak kata apa. Untuk orang yang sudah dihalalkan hutang, tok tak mintak apa balasan. Cok cuma nak mintak orang yang tok masih berhutang (kalau ada), sila la hubungi tok dan nyatakan jumlahnya. InsyaAllah tok akan uruskan pembayaran nya. 

Settle bab duit. Tak syok pulak kalau tak di panjangkan bab maaf. Tok ni, kalau siapa biasa jumpa tau la, tok ni kadang kadang celupar dan cakap lepas. Siapa yang pernah jumpa tok, yang nampak tok ni pendiam, itu maknanya tok tengah bermuka muka. Orang kampung tok kata kontrol hensem. Jadi di kesempatan ini, alang alang dah cerita bab hutang tadi, maka tok sambung bab meminta maaf. Tok mohon maaf, jikalau tok ada terlanjur kata, tersilap bahasa dan tersilap type. Mohon dapat di maafkan, tok akan berusaha akan menjadi lebih baik dan cemerlang. Siapa siapa pun tiada pernah ada dosa dengan tok. Dosa hanyalah antara Insan dengan Pemilik. Jadi korang memang tiada dosa dengan tok. Dan kemaafan pada kalian jugak tok beri.

Tok dah agak, mesti ada orang kata dan tanya.

"Lain macam ja ayat tok ni"

atau

"Apa dah jadi tok?"

Selalunya kalau orang tulis macam tok tulis ni, selalunya.

1. Hari Raya
2. Orang Nak Pergi Haji
3. Orang Tengah Sakit dan Tahu Nak Mati Esok

dan selalunya lupa yang hal maaf memaafi ni patut dilakukan hari hari. Tapi bab hutang tu tak boleh la hari hari. Tapi kalau boleh.. "why not?". Sebenarnya tiga point diatas itu ada kebenarannya.

1. Hari Raya - Tak lama lagi dah nak Ramadhan, lepas tu Syawal.
2. Orang Nak Pergi Haji - Memang tok dah daftar pergi haji tahun ni. Kalau ada panggilan, berangkat lah tok nanti.
3. Orang Tengah Sakit dan Tahu Nak Mati Esok - Tok tak sakit, tapi tok tahu yang tok akan mati. Cuma tak tahu bila.

Yang pastinya tok lakukan ini semua kerana Allah. 

Wednesday, May 8, 2013

BangsaNegaraDanAgama


Perkara ni sebenarnya dah lama tok tanya tanya orang. Pernah suatu hari dulu tok tanya geng geng tiga garisan pasal fisabillillah mereka.

"kalau jumpa melayu dengan india bergaduh, mana kau tolong.?" tanya tok

"tentulah melayu" jawab mamat yang mengagungkan fisabillillah ni

"kau tak check ke india tu Islam atau tidak. kalau Islam macam mana.?" tanya tok lagi

"kita tetap tolong melayu.?" kata mamat ni lagi

ini lah dia. contoh fisabillillah taik kucin. tak tahu tapi nak cakap. atau ketua tak bagi cukup penerangan ni. pengikut dengar sipi sipi angin, terus nak guna pakai ayat cliche. nampak Islamic sikit bunyinya.

chup.. chup... chup... chup.. chup... gwyomi.. gwyomi.. 

lari topik pulak. tok nak cerita pasal Bangsa, Negara dan Agama dimana;

Bangsa = Melayu
Negara = Malaysia
Agama = Islam

Ada kutu bercerita, ajak Bangsa bersatu atas dasar Agama. Tok kata mana boleh. Sebab;

Bangsa tak semuanya berAgama.
Agama tak semestinya Bangsa.

Jangan la cerita pasal Negara, sebab Negara bukan ada Bangsa sahaja dan bukan ada Agama sahaja. Kalau ikut Rasullullah, bersatu dengan nama Agama dan tanpa mengira "bangsa". Tok pernah kata pada seseorang dahulu.

"kalau nak bersatu atas nama Agama... Bangsa kena buang".

Rupanya ada orang marah, sebab nak kena buang Bangsa. Kalau nak marah cuba ingat diatas.

Bangsa tak semuanya berAgama.
Agama tak semestinya Bangsa.

Jangan campur adukkan. Nanti konfius. Jangan pilih dua dua (Bangsa dan Agama), tak kan jadi betul. Sepatutnya ketam jalan senget, tiba tiba jalan lurus. Pelik jadinya, Nanti orang kata cuma Negara sahaja yang buat. "negara" lain tak buat pun. Jangan pulak kata Negara ni "special case", sebab Bangsa adalah Bani Jawi atau Lost Tribe Yahudi.

ah.. panjang lagi... tapi tok nak chup.. chup.. chup... gwyomi.. gwyomi kejap...

Sunday, May 5, 2013

reminder: tajuk akan datang


ini posting sekadar reminder untuk tok bagi tajuk yang akan datang. reminder pun belum tentu tok tulis jugak.

1. paklong dipinang bunian
2. anugerah akal satu ujian dari Allah
3. bagaimana dan cara sistem khilafah boleh dimulakan di Malaysia
4. apa tujuan kita dihidupkan
5. pendapat tok tentang nama Allah digunakan oleh agama lain
6. bermain trial bike

Diambang Pilihanraya dan bukan Diambang Wati


Ketika tok mula men type ini. Kebetulan jarum jam menunjukkan tepat pukut dua belas pagi. Maka tandanya, beberapa jam lagi tok terpaksa pergi mengundi. Asalnya tok tiada hajat pun untuk bercerita malam ni. Tapi disebabkan buka facebook dan tengok youtube semuanya perlahan macam siput. Maka terpaksa la mencoret sikit. Mata pulak dah bertukar jadi mata musang, tapi malas nak keluar rumah.

Padahal beberapa hari lepas, ada yang datang meminang pak long. Kalau ikutkan best jugak bukak tajuk ni. Tapi malas nak bercerita bab ni. Mungkin hari lain la, kalau tiba tiba terbuka hati nak bercerita.

Hari ni tok nak cerita pasal pilihanraya. Dulu tok pernah kata, kalau boleh tok tak mau cerita politik di blog ni. Disebabkan itu, maka ada yang salah sangka bahawa tok ni tak berpolitik. Ada juga yang sangka tok ni sokong hizbut tahrir (http://www.mykhilafah.com/). Buat sementara waktu ini, dengan izin dan kehendak Allah tok terpaksa juga lakukan kerana Allah dengan keluar rumah esok hari memangkah apa yang tok fikirkan patut.

Tok tidak terang terang menunjuk sokongan tok pada mana mana parti. Tapi ketika ini tok dah tahu parti apa yang tok nak pangkah, tapi kejap lagi bila nak memangkah... hanya Allah sahaja yang tahu.

Thursday, May 2, 2013

Tengah Dipikirkan


Tengah dipikirkan dengan masak semasaknya. Dalam usia yang sebegini masih sesuai kah tok nak main basikal terloncat loncat macam katak ni. Harga pun bukan lah murah, makan ribu jugak. Boleh la dibuat downpayment motor. Namanya Trial Bike. Ia dah buat tok pening berhari hari. Seller dari Singapore sudah dihubungi. Tinggal tok nak bank in duit ja. Adusssssssssss.