Thursday, September 26, 2013

Kereta Nenek Hilang - Part Akhir

Tok malas nak panjang panjang lah part ni. Sebab tok nak bukak cerita baru dah ni. Jadi tok rangkum kan ajalah cerita supaya jadi padat. Arakian.... keesokan hari nya nenek pun telefon lah ofis Syarikat kewangan tu.

Ini cerita nenek yang diceritakan pada tok.

1. nenek telefon syarikat kredit. mula mula sombong, iyalah kononnya nenek tak bayar 3 bulan. bila nenek mintak statement bulan mana yang tak bayar. diorang tak boleh produce pulak. nenek kata sekurang kurangnya nenek dah bayar sehingga bulan julai (diketika itu). tunggu tengah hari nanti diorang call balik.

2. sampai petang tak call balik. nenek yang call tanya. "err.. kereta dah boleh ambik sekarang".. kata diorang. part ni tok dengar memang tok nak mencarut. tapi kesabaran tok masih tinggi kononnya. lagi pun tok masih pikir ini dugaan Allah, apa barang mahu marah marah. Nenek suruh hantar kereta balik di mana diorang tarik semalam. "ok, kejap lagi akan ada orang lain telefon".. kata minah tu la.

3. dah hampir lewat petang, ada perempuan lain pulak call nenek. mintak maaf sambil nangis nangis. mengaku gaji kecik lah dan sebagainya. kalau hantar ke tempat semalam kena potong duit gaji dialah dan sebagainya. nenek pulak layu ja dengar. jadi kereta hanya hantar ke ofis nenek. kebetulan memang tok bawak kuncik kereta dan kebetulan memang tok suruh nenek yang pegang kunci tu. Yang sebenarnya tok dah jangka hal ni.

4. Jadi kes habis macam tu la. tak ada apa apa. tak ada surat. tiada apa apa.

Habis cerita nenek. Sambung cerita tok.

5. Tok terpaksalah bawak balik kereta haritu. punya lah malas nak ngadap jem. dah la ofis nenek kat Jalan Pinang. (tok ngan nenek hari hari naik komuter pergi dan balik kerja). Tak jauh gerak je kereta tu, dah macam macam bunyi keluar kat kereta. Kali ni tok sakit hati lagi. Tapi bila pikirkan dugaan Allah, tok sabar ajalah.

6. Weekend tu tok hantar kereta pergi check. Macam macam lah kena betulkan. Bar Bush la, Absorber la, entah apa lagi tok tak tahu nak sebut. Total semua RM1,600. Dah repair pun tak sedap lagi, rupanya drive shaft masih problem (yang ni tak buat lagi sehingga sekarang). Kali ni tok sakit hati lagi. Tapi bila pikirkan dugaan Allah, tok sabar ajalah (paste dari atas).

Kesimpulan:

tak ada kesimpulan. siapa yang baca simpul simpulkan ajalah sendiri. Nama Syarikat tersebut adalah XXXXXXXXX .

Friday, September 13, 2013

Kereta Nenek Hilang - Part 2



"kereta ni kena tarik, 3 bulan dah tak bayar".. kata cikgu

"ini ada reportnya sebelum diorang tarik tadi".. tambah cikgu lagi

PERGH... memang kena kali ini. Tok pun bukan tahu sangat pasal pembayaran kereta ni. Sebab ini kereta nenek. Dengan blur blurnya tok dan nenek pun jalan la pelan pelan keluar Balai Polis. Sambil tu tok dan nenek jalan jalan la tanpa hala tuju. Sambil sambil tu sebut sebut la ayat Al-Quran kat nenek yang lebih kurang bunyinya.

"Patut kah kita mengaku beriman, sedang kita tidak di uji"

Nenek tetap dengan muka konfius nya. Mungkin terkejut. Tapi tok tak ada la kesah sangat kereta kat rumah ada lagi dua biji, motor ada sebijik. Busuk busuk pun basikal ada lagi. Kebetulan pulak petang tadi opah ngah bank in RM10 ribu dalam akaun tok. Jadi tak ada hal lah kalau nak keluar kan kereta esok hari nya. Yang tok perasan nenek dok sebuk telefon syarikat kewangan. Punya konfius nenek sampai dia lupa dah senja senja mana la ada ofis nak jawab phone lagi.

"Esok aja lah telefon syarikat tu nek".. kata tok

Tok ni dah la rabun, senja pulak, tapi tok boleh perasan satu sosok badan manusia ni. Sambil jalan tu tok dah nampak.

"Acik Jepp.. nak pergi mana?".. tanya tok pada acik jepp kpp

Siapa kenal acik jepp mesti tahu punya, jawapan dia akan panjang menjela. prung prang prung prang.

"Acik ni sebenarnya nak minum ka nak balik?".. tok potong jawapan acik jepp tadi.

"Nak balik.".. pendek ja jawapan acik jepp

"kalau macam tu mintak tolong lah hantar kami balik ke rumah.".. tok mintak tolong pada acik jepp

Dalam kereta tok pun cerita lah hal tok dengan nenek ni. Apa lagi bertambah tambah lah prung prang prung prang acik jepp. Diorang tak patut buat lah. Diorang patut bagi RO la. Dan macam macam lagi acik jepp bebel.

"tapi kerete tu tak pernah missed bayar".. tetiba je nenek cakap.

Terkedu kejap dengat statement nenek. Acik Jepp lagi sedap la dia prung prang. Ini boleh saman lah. Boleh charge duit saman malu lah. dan macam macam bentuk saman lagi beliau senarai kan. Tok tukang dengar ajalah, dah ada orang tolong, tok tak boleh cakap banyak. Karang kena turun kereta pulak.

Setelah dapat beberapa pendapat, malam tu tok kebalai polis yang sama sekali lagi. Untuk buat report polis. Kalau dah bayar tip top, tak kan lah nak kena tarik jugak kan. Mungkin ada penipuan atau kes curi juga. So nak elakkan apa apa kejadian, maka tok dengan nenek buat juga lah report atas alasan kerete hilang.

bersambung...


Thursday, September 12, 2013

Kereta Nenek Hilang - Part 1


Tok dengan nenek pergi kerja selalunya naik komuter. Dan tiap tiap hari lah parking kereta dekat station komuter. Dan tok ni memang istiqomah parking kat satu spot ja. Jarang letak lain lain tempat. Ada lah satu hari ni (minggu lepas), waktu balik kerja, sambil jalan jalan dengan nenek ke parking kereta. Dari jauh tok jenguk jenguk la kereta. Tak nampak pun. Tapi tok tak kesah sangat, sebab tok ni rabun, dah lah rabun, waktu tu senja pulak. Masa tu dah terdetik dalam hati..

"Eh!! Mana kereta aku ni?"..

Tok dengan nenek makin lama makin hampir pada spot kereta.

"Mana kereta tok?" tanya nenek

"Entahlah nek, rasanya parking kat sini pagi tadi." jawab tok dengan muka relax.

Ya lah.. kita ni lelaki, mana boleh panik. Waktu tu tok konfius kejap. Tak mungkin lah letak tempat lain. Jenguk jenguk jugak kat tempat lain, tak nampak jugak kereta.

"Rasanya kereta kita ni dah kena curi lah nek".. cakap tok pada nenek.

"Jom lah kita report polis".. kata tok lagi.

Syukur la stesyen komuter dengan Balai Polis tak lah jauh sangat. Sambil jalan tu dok teringat jugak lah ayat sura Al Baqarah yang berbunyi lebih kurang.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

Sambil sambil tu sempat lah bagi tahu nenek.

"Ini semua dugaan ya nek.. sabar.. sabar"

Sebenarnya nak bagi tahu diri sendiri ni. Tapi nak tunjuk cool depan nenek, so keluar lah kata kata nasihat untuk nenek. Tak sempat masuk balai polis, tiba tiba muncul la pulau Silau Kilau dengan anak beliau. Tiba tiba ja break motor depan tok.

"Apa masalah tok?" tanya tok Silau

"Kereta hilang kat parking komuter" jawab tok.

Pendekkan cerita, tok Silau balik rumah dulu hantar anak dan tukar kereta, nanti beliau datang jemput hantar tok dan nenek balik rumah.

"Jangan risau nek, ini semua dugaan ja, belum report polis lagi orang dah datang nak tolong".. kata tok pada nenek.

sambung...


Tuesday, September 3, 2013

Wakil Malaysia Sudah Mula Berperang Di Syria


Tok tak tahu lah benar ke tak. Tapi nampaknya macam Proton Saga BLM. Tahniah Malaysia. Kalau tak betul, kira layan ajalah tengok video ni.

Dua Puluh Sen


Tok dulu rumah boleh katakan dekat juga jalan keretapi. Selalu jugak la bila petang petang lepas habis ngaji, tok dengan kawan kawan suka lepak tepi rel keretapi. Macam macam aktiviti boleh buat kat situ. Kadang kadang tekup telinga atas rel keretapi, kita boleh tahu keretapi dah nak sampai atau tidak. Tapi hati hati jangan rapat sangat dengan telinga, boleh melecur dibuat nya. Bila keretapi penumpang lalu, kadang kadang tok dan kawan kawan akan beratur dan buat macam macam aksi, sambil melambai lambai kepada penumpang. Tapi yang paling best selalunya kami suka letak duit syilling atas rel, selepas keretapi lalu, duit dua puluh sen pun boleh peyek jadi lima puluh sen. Tapi jarang sangat lah guna duit dua puluh sen. Masa tu, dua puluh sen macam macam boleh beli. Tapi sekarang, dua puluh sen berterabur dah kat dalam rumah. Diorag ni dah tak pandang dah. Nenek aja lah yang rajin kutip kemudian letak dalam tabung.

Dari dulu sampai sekarang, duit syilling dua puluh sen pun dah beberapa kali berubah saiz dan warna. Yang terbaru rasanya saiz nya lebih kecil dan warnanya hampir ke emasan. Dan pastinya nilainya sudah hampir tiada. Kadang kadang pergi kedai mamak.

"Mamak!!! kasi kira...."

"Mune.. Rendek.. Angre Angre.. Aribba.. sepoloh ringgit dua poloh sen. Sepoloh ringgit sudah".. kata mamak.

Kadang kadang ada juga kedai kedai yang berkira sangat.

"dua puluh sen pun tak boleh nak kurang".. kata nenek

Konfius kejap, sebenarnya tok nak cerita pasal apa ni?

Pandangan Pakar