Sunday, June 21, 2009

Tempat Kerja Baru

Esok (Isnin 22 Jun 2009), tok akan mula kerja di tempat baru.

Monday, June 15, 2009

Jalan Jalan Cari Kepah

Weekend yang lalu tok dan family pergi camping ke Bagan Lalang, Selangor. Cadangnya nak cari kepah. Rupanya kepah sudah pupus disini.


Seperti setinggan dari luar. Muat 7 orang sekeluarga.


Pencarian kepah bermula.


Tidak putus asa, walaupun tak dapat apa.


Ketika air surut.


BBQ ayam dan sotong. Tak sempat malam dah habis.


Esok paginya, belasah nasi lemak.

Wednesday, June 10, 2009

SAQJ

Beberapa malam lepas.. tok ada la keluar rumah sorang sorang. Saja lah nak meronda cari kawan kawan untuk "mengeteh". Memandangkan kereta tok tak ada minyak, jadi tok bawak lari la kereta nenek. Start sahaja enjin kereta terus terasang lah radio, rupanya nenek lupa off kan radio ketika matikan enjin kereta tadi. WAH... nenek dengar radio IKIM rupanya. Kebetulan pula waktu tengah cerita pasal buku Berpetualang Ke Acheh. Jadi tok layan sahaja lah. Penulis buku ini si Merah Silu boleh tok anggapkan sebagai sahabat dan juga jiran. Tapi tok tak tahu lah pulak dia anggap tok sebagai sahabat atau tidak. Sebab tok memang selalu syok sendiri.

Alamak... si Jaizarul ni.... orang baru nak mengarang ngarang cerita. Kau sebuk PM tok. Langsung hilang idea.

Lama Tak Buat Posting

Salam...

Rasa macam lama jer tak buat posting. Apa cerita? Tak ada apa apa.....

Friday, May 22, 2009

Pedang Sungai Manik II


Merujuk kepada cerita Pedang Sungai Manik yang tok post dahulu di
http://ketualanun.blogspot.com/2009/03/pedang-sungai-manik.html Ada juga tok terima balasan dari seorang sahabat yang sanggup bercerita tentang tulisan di pedang tersebut. Jadi tok letaklah disini untuk dikongsi bersama. Apa apa pun tok ucapkan terima kasih kepada sahabat tersebut (kamu tahu siapa kamu).



Apa apa pun, tok harap jangan ada yang salah sangka. Ini semua adalah cerita sahaja dan tulisan tulisan tersebut sebagai asbab sahaja. Hanya Allah yang Maha Mengetahui (seperti kata sahabat tersebut). Apa apa yang berlaku hanya atas keizinan Allah S.W.T semata mata.

Friday, May 8, 2009

Ber (Sabar)

3:120
3:125
3:186
12:90
14:12
14:21
16:126
25:20
25:59
41:24
42:33
42:43
42:33
46:35
47:31
49:5
52:16
90:17

Thursday, May 7, 2009

Sabar

2:45
2:61
2:153
2:155
2:177
2:249
3:17
3:142
6:34
8:65
8:66
11:11
13:22
16:42
16:96
16:110
16:126
18:67
18:68
18:69
18:72
18:75
18:78
21:85
22:35
25:42
28:80
31:31
33:35
34:19
37:102
38:44
41:35

Wednesday, May 6, 2009

Pameran Senjata Traditional

Bukan hajat tok nak pergi. Tetapi digerakkan juga ke sana dalam paksa rela. Tak ada apa tok nak komen, cuma sedikit gambar sebagai saksi. Ramai juga rakan rakan yang tok jumpa di sana, rakan di ofis lama, rakan di Uni dahulu, rakan berforum, rakan baru dan macam macam rakan yang ada.


Keris yang di simpan oleh Tok Man.

Tuesday, April 14, 2009

Nikmat Sakit


Punya la dah lama tak rasa sakit. Akhirnya tok dikurnia kan dengan sakit demam, selsema dan batuk. Dalam masa sakit, dapat la tok berehat secara paksa dengan panjang nya. Waktu yang tak sepatutnya tidur tok tidur. Waktu yang sepatutnya tok tidur, tok berjaga akibat sukar tidur. Yang pastinya, layanan diterima memang 1st class.

Panadol soluble, Panadol 650, Pil selsema Mengantuk, Madu Khawla dan macam macam gula gula penyedap tekak dan batuk penuh di atas meja kerja tok. Itu semua tok tak payah cari, siap suap di mulut oleh nenek. Belum bab makan lagi, macam kat kedai pulak boleh order order.

Tapi paling syok sekali bila tengah high akibat Panadol soluble, Panadol 650 dan Pil selsema mengantuk yang di makan sekali. Memang high gila, agaknya begini le kalau jadi penagih dadah. Apa apa pun, kalau di halusi, sakit pun ada nikmatnya.

Thursday, April 2, 2009

Satu Permainan

Tak sangka betul satu permainan yang tok jumpa ini. Tok sangka kan semuanya hanya lah rakan rakan dan permainan secara friendly. Ada yang tok dah berjumpa secara suri, ada yang tidak, malahan ada yang tok tak kenal pun. Ada yang bila jumpa pendiam orangnya, tetapi bila tiada bersuri, mulutnya lancar memaki seperti itulah sebutan hariannya. Ada yang tok tak kenal pun, jumpa pun tidak pernah, bersembang lagi lah, tapi perlinya macam kenal tok luar dan dalam.

Permainan ini memang dasyat bagi tok. Selama ini tok diam, bukan sebab tak ambik tahu permainan ini. Tapi sebenarnya memang tok tak tahu. Setelah tok teliti, rupanya ada Ahli Jawatan Kuasa Kecil yang punya angkara untuk memburuk buruk kan tok, mungkin mahu membunuh character tok. Walaupun muka tok memang buruk.

Perg.. anak haram lah, ajak lawan fizikal la. Dasyat betul lah diorang ni, mesti kuat nak mampus. Sembang agama tinggi melambung, tapi masih lagi bermain permainan kotor. Kalau yang sudah sediakala dungu tu tok tak kesah, tapi yang selama ini orang yang memang tok hormati pun 2x5 juga. Budak budak baru pun sama, tapi mungkin diorang tu terikut ikut dengan perangai pemain senior. Tapi diorang ni tak ada contoh yang baik ke nak ikut.

Selama ini tok ingat permainan ini adalah secara individu dan friendly sahaja, rupanya tok salah. Ini rupanya permainan kalah mati dan juga permainan berpasukan. Siapa ramai kawan dia menang. Dan boleh bunuh sesiapa sahaja, walaupun permain lain tidak melakukan kesalahan.

Mungkin silap tok, yang tak baca undang undang permainan... Atau pun memang tak sepatutnya tok bermain permainan ini.