Monday, March 16, 2009

Pedang Sungai Manik

Ketika melawat Unyang yang baru berpindah rumah baru baru ini. Tok di hadiah kan oleh Unyang sebilah pedang yang agak lama. Rasanya berumur lebih kurang atau lebih daripada 40 tahun. Pedang ini Unyang simpan asalnya pada zaman kekecohan tahun 1969 dahulu. Memandangkan Unyang dah malas nak simpan, jadi beliau hadiahkan pada tok untuk dijaga.

Asal usul pedang ini (diceritakan oleh Unyang), katanya di hadiahkan oleh pembuat pedang sendiri (sahabat Unyang) yang berasal dari Sungai Manik. Walaupun sudah berumur, tapi pedang ini seperti masih dijaga dengan baik. Karat karat sikit tu biasa lah dan sedikit cacat di sarung pedang akibat dimakan oleh lipas.


Yang itu adalah cerita daripada Unyang sahaja. Tok yakin mesti diluar sana ada pedang yang sama dari segi rupa, rekabentuk dan juga ceritanya. Kalau ada, kongsi kongsilah cerita dengan tok. Bukan ada apa pun, saja nak tahu cerita.


Ada sedikit tulisan yang di ukir di atas besi pedang. Tapi tok tak paham apa maksudnya. Sekali lagi, kalau ada siapa yang mahir, tolong bagi komen sikit. Apa maksud tulisan tu.


Tok suka hulu pedang ni, rupanya seperti kepala burung dan sesuai betul untuk genggaman tok. Setelah diukur lilit kepala, memang sama panjang dengan dengan mata pedang. Mungkin saiz tok dan Unyang tidak jauh beza.


Ada bahagian di mata pedang yang sengaja ditebuk untuk di isi logam lain. Tok rasa kalau tak tembaga mungkin perak. Nanti lah tok belek, apa jenis logam lain tersebut. Fungsinya tok tak tahu sebab apa.

Rasanya adalah kerja lebih sikit untuk tok bagi membaik pulih pedang ini. Dah Unyang bagi, tok kena jagalah.


5 comments:

  1. datok aku ada pedang buatan dari negeri cina yang berusia 100 tahun lebih kut.. Masih tersimpan rapi kat dalam almari. Tapi dia dah arwah, sekarang abang aku pula yang menjaganya..

    ReplyDelete
  2. pedang yang cantik..
    kalo xnak jaga, jual kat hamba..
    tau lah hamba menjaganya..
    http://mohdfarididris.com

    ReplyDelete
  3. Gunakan sarung kulit supaya besi lebih tahan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaukum.. sy penah memegang dan mngasah pedang ayah saya sama bntuk mcm tok pnye..pedang 2 pn dh lme usienya.. byk kisah silam yg pedang 2..yg pasti ayah sy certakan bahawa pedang 2 dh alirkan darah msuh..org dlu2 dan skg laen cara kehidupannya.. pedang tok bape pnjangnya?

    ReplyDelete
  5. pedang berapa panjang? cuba tengok tile kat gambar tu. panjang tile tu 1 kaki kali 1 kaki. Lepas tu agak agak le panjang pendang tu. Sebab tok tak pernah terpikir pulak nak ukur. Unfortunately (terguna bahasa minang pulak), pedang tu dah berada di tangan tok long pulak.

    ReplyDelete