Monday, March 30, 2009

Fitnah Manusia

Tok ada menjadi moderator di satu forum ni, walaupun tidak pernah minta. Dan tok rasa, tok pun dah tak aktif di dalam forum tersebut, cuma menjenguk seminggu sekali sahaja. Tok heran kenapa tok di fitnah mendelete posting orang. Malahan di perli perli pula.

Bukan kah kita boleh berhubung melalui PM atau pun email untuk mendapat kepastian. Tak susah untuk menggunakan PM yang ada. Tok tak pernah mahu mencari musuh. Tidak ada kerja tok nak mendelete posting orang.

Harap kita dapat berhubung, kan kita boleh berhubung antara satu sama lain untuk dapat kepastian. Mana lah depa tahu yang tok ni Anak Haram, betul ka? atau main tuduh tuduh. Buat apa lah nak fitnah memfitnah. Walaupun tok bukan nya baik sangat... tapi bukan kerja tok nak mendelete posting orang. Mana kawan kawan yang sudah menjalankan aktiviti menfitnah tu, harap dapat hubungi tok untuk membersih kan udara, itu pun kalau sudi.

Apa apa pun... salam persahabatan tok tujukan pada semua. Dan memohon kemaafan jikalau tok ada melakukan kesilapan pada sesiapa pun. Apa apa pun, tok tak delete posting orang.

Oleh sebab itu, tok dah sms tokey forum tersebut.

"Salam bos. Bila senang nanti tlg keluarkan aku dari senarai moderator. TQ. -ketualanun"

Nampaknya, bos sudah paham, dan nama tok sudah dikeluarkan pun. Terima kasih bos...

Tuesday, March 24, 2009

Blogger Kena Daftar???


Biar betik depa ni. Tak kan lah blogger picisan yang kuat merapu cam tok ni pun nak kena daftar. Gila ke apa. Tetapi setakat ni tok tak der niat pulak nak melanggar undang undang melalui blog. Tetapi idea untuk mendaftar blogger ni, tok rasa macam idea budak budak. Ibarat marahkan nyamuk, kelambu di bakar. Nasib baik lah sekarang ni ada Ridsect. Tapi jangan lah pulak guna Ridsect lipas untuk bunuh nyamuk. Membazir jer...

Monday, March 16, 2009

Pedang Sungai Manik

Ketika melawat Unyang yang baru berpindah rumah baru baru ini. Tok di hadiah kan oleh Unyang sebilah pedang yang agak lama. Rasanya berumur lebih kurang atau lebih daripada 40 tahun. Pedang ini Unyang simpan asalnya pada zaman kekecohan tahun 1969 dahulu. Memandangkan Unyang dah malas nak simpan, jadi beliau hadiahkan pada tok untuk dijaga.

Asal usul pedang ini (diceritakan oleh Unyang), katanya di hadiahkan oleh pembuat pedang sendiri (sahabat Unyang) yang berasal dari Sungai Manik. Walaupun sudah berumur, tapi pedang ini seperti masih dijaga dengan baik. Karat karat sikit tu biasa lah dan sedikit cacat di sarung pedang akibat dimakan oleh lipas.


Yang itu adalah cerita daripada Unyang sahaja. Tok yakin mesti diluar sana ada pedang yang sama dari segi rupa, rekabentuk dan juga ceritanya. Kalau ada, kongsi kongsilah cerita dengan tok. Bukan ada apa pun, saja nak tahu cerita.


Ada sedikit tulisan yang di ukir di atas besi pedang. Tapi tok tak paham apa maksudnya. Sekali lagi, kalau ada siapa yang mahir, tolong bagi komen sikit. Apa maksud tulisan tu.


Tok suka hulu pedang ni, rupanya seperti kepala burung dan sesuai betul untuk genggaman tok. Setelah diukur lilit kepala, memang sama panjang dengan dengan mata pedang. Mungkin saiz tok dan Unyang tidak jauh beza.


Ada bahagian di mata pedang yang sengaja ditebuk untuk di isi logam lain. Tok rasa kalau tak tembaga mungkin perak. Nanti lah tok belek, apa jenis logam lain tersebut. Fungsinya tok tak tahu sebab apa.

Rasanya adalah kerja lebih sikit untuk tok bagi membaik pulih pedang ini. Dah Unyang bagi, tok kena jagalah.


Tuesday, March 10, 2009

Perawat / Penghalau Hantu (Ghosbuster)

Salam....

Tok tak sangka selama ini ada yang salah sangka dengan tok. Jadi disini tok ingin menyampai kan supaya tiada lagi yang salah sangka dengan tok.

Bahawa.. Tok bukan:

1. Perawat - tok tak pernah belajar merawat dan tok bukan doktor atau ustard.
2. Penghalau Hantu - tok tak belajar yang ni.
3. Guru Hakikat/Makrifat - jangan cuba cuba minta berguru.

Yang sebenarnya tok ini:

1. Suka Merepek
2. Suka Merapu
3. Suka Bersembang

Monday, March 9, 2009

Tarik Keris

Kesempatan berjumpa Pak Tam dan Pak Man beberapa hari yang lalu, telah menimbulkan idea yang diluar kebiasaan. Entah mana datangnya idea ini, tiba tiba sahaja Pak Tam bisik,

"malam nanti kita tarik barang dengan Pak Man"

tok angguk sahaja. orang dah ajak tu, kira OK lah. Mana boleh bangkang bangkang.

Akibat terlalu larut malam dan sudah menjengah pagi, baru lah dapat kesempatan untuk memulakan majlis. Itupun tempat belum ditetapkan lagi. Memandangkan sudah terlalu lewat, jadi Pak Tam mencadangkan untuk tidak pergi jauh. Cukup sahaja di kawasan sekeliling tempat kami bersembang.

Sebelum bermula sempat jugak tok bertanya,

"Siapa nak bawak?"

"Pak Man" jawab Pak Tam ringkas.

Macam malas pulak nak cerita panjang, walau apa pun kami gagal. Ini mungkin kerana kami langsung tak buat persediaan. Setakat main langgar sahaja.

P/s: best betul tulis cerita sekerat sekerat ni.

Bank Antarabangsa

Agaknya sudah berbulan tok tak pulang ke Manjung (rumah mertua) dan sementelah sudah lama tidak pulang, tok ambil lah sedikit kesempatan untuk berjumpa Pak Tam. Sebenarnya, inilah rutin tok kalau pulang ke rumah mertua, tak pernah yang tidak jumpa Pak Tam. Malahan nenek sudah masak sangat dengan rutin tok yang satu ni.

Semasa sedang bersempang di kedai kopi, Pak Tam ada menyatakan hasrat nya untuk berjumpa dengan kenalan beliau sebentar. Memandangkan tok memang tiada apa apa perancangan, maka tok ikut sahajalah hasrat beliau.

Kenalan Pak Tam ini sebenarnya mendakwa bahawa wujud satu bank ghaib yang bertaraf antarabangsa di rumahnya. Ini adalah kerana semua jenis matawang boleh ditukar atau dikeluarkan di bank tersebut. Sebenarnya tok tak berapa ingat nama kenalan Pak Tam ni, mungkin Pak Din, mungkin Pak Ariff namanya. Yang pastinya tok panggil Abang sahaja.

Abang ini terlalu mesra jika di ikutkan kali pertama berjumpa, walaupun tok tak tahu/paham apa yang Abang ceritakan. jyang pastinya jenuh jugak muka tok tersenyum senyum (sampai sakit rahang muka) akibat melayan Abang dengan cerita ceritanya.