Saturday, April 10, 2010

Genderuwo

Ini adalah yang dicerita kan oleh arwah Unyang pada tok dahulu. Unyang ni pernah dulu tak berapa baik dengan mertuanya (tok pokong). Mereka sering bercanggah dengan pendekatan aliran keagamaan. Tok tak mahu mempanjangkan cerita ini. Akibat dari pada itu, mmacam macam cerita yang unyang sampaikan pada tok mengenai tok pokong. Antaranya adalah cerita mengenai genderuwo ini.

Unyang pernah bercerita yang tok pokong pernah membela genderuwo di suatu masa dahulu. Tapi, ceritanya tidak lah detail langsung. Diketika itu tok masih kecil lagi. Jadi tak banyak yang tok tanya. blurrr.... masa tu. Unyang pulak jenis.. kalau tak bertanya bukannya reti nak sambung sambung cerita. Sebab unyang ni jenis yang suka kena jolok.

Yang pastinya antara kelebihan tok pokong adalah boleh melompat rumah dari hadapan sampai kebelakang rumah. Tok tak pasti lah adakah sebab membela genderuwo boleh menyebabkan boleh melompat jauh dan tinggi. Tapi unyang ada juga memberi tahu, yang tok pokong sudah membuang genderuwo tersebut lama dahulu. Ada juga di ceritakan bagaimana ritual membuang genderuwo itu di buat. tapi tok sudah lupa bagaimana. Ada berkaitan dengan melepaskan sesuatu ke sungai...

Kalau nak tahu apa itu genderuwo? Boleh tanya wikipedia atau lebai google. Zaman dah canggih.. tak perlu lagi orang tua untuk bercerita...

Kenapa Berblog?

Sebenarnya tok ni jenis muka yang malas menulis, walaupun membuat report adalah antara tugas tugas tok di pejabat. Di tambah lagi tok ni yang memang tiada skill langsung untuk bercerita. Abis.. kalau dah macam tu.. kenapa tok ber blog ya?

Dulu masa zaman orang tulis diary... tok lah paling kuat gelak kan diorang. Apa benda lah tulis cerita hal sendiri dalam diary lepas tu sorok tak nak bagi orang baca. Ntah apalah jadi dengan diary diorang tu sekarang dan entah berapa ramai dah yang curi curi baca diary diorang.

Tok cuba cari alasan yang sebenar berblog.. tapi masih tak ketemui. Nak kata tok nak berkongsi cerita.. kebanyakannya adalah cerita dongeng dan hikayat. Nak kata cuba mengasah skill untuk bercerita.. buat apa? tok dah tua, bukannya nak ambil SPM dan STPM dah.

Hmm.. pasal apa ya. Mungkin nak meluahkan perasaan kot. Tak jugak... Mungkin sebab trend orang ada blog... tok pun nak ada blog jugak. Hmm... Yang ni boleh pakai sikit sikit. Tapi.. apa alasan sebenarnya ya. Cari... cari... cari... Tak boleh nak pikir jugak...

Kalau di perhatikan.. orang yang berblog ni macam macam topik yang diorang ada. Ada blog yang spesifik cerita pasal kereta, spesifik pasal motor, basikal, ada juga yang buat konsep ala ala diary, ada juga yang yang guna blog untuk berniaga... tapi... apa konsep blog tok ni? hmm yang ni pun tak dapat nak jawab jugak.......

Malas nak pikir la....

Tuesday, April 6, 2010

Dua Kuntum Bunga Putih

bunga yang asalnya putih berubah warna menjadi kuning


(mimpi)
Ada suatu malam tok bermimpi. Di dalam mimpi tersebut tok disuruh oleh seseorang (yang tok tidak tahu siapa) untuk memetik 2 kuntum bunga putih. Ditunjukkan juga bentuk bunga tersebut. Disuruh juga berhati hati ketika memetik bunga tersebut kerana ia akan berubah warna jika tersalah petik. Kerana keadaan kawasan yang agak bahaya (mungkin sebab hutan, kawasan sunyi) arwah unyang pun menemankan tok untuk mencari bunga tersebut. Setelah jauh berjalan untuk mencari bunga tersebut, kami pun berjumpa dengan satu kawasan seperti taman bunga di dalam kawasan hutan (seperti ladang kelapa sawit pun ada). Dalam keadaan naif, tok tidak memetik kuntum bunga seperti yang di suruh, tetapi tok memetik kuntum bunga lain yang lebih cantik (mungkin kerana takut bunga berubah warna dan akibatnya tidak menepati janji).

Setelah memetik kuntum bunga yang lain tersebut, tiba tiba menjelma seorang perempuan cantik berpakaian putih yang meracau racau memarahi kami. Unyang yang terkejut dengan keadaan tersebut, terus cuba untuk membetulkan keadaan (dengan menggunakan kepandaian beliau). Di dalam keadaan tersebut, tok tidak pasti sama ada perempuan tersebut adalah jin, hantu atau manusia. Mimpi itu habis begitu sahaja tanpa mengetahui apakah tujuan untuk mengambil 2 kuntum bunga putih tersebut.

(realiti)
Keesokannya tok sudah berjanji dengan sahabat sahabat untuk berkayuh basikal di dalam ladang kelapa sawit (yang terletak di belakang rumah tok). Apa bila memulakan kayuhan tok mula teringat mimpi tok tersebut. Dan ketika itu tok masih ingat dengan jelas rupa bunga putih tersebut. Di sepanjang jalan tersebut, tengiang ngiang di dalam kepala tok..

"2 kuntum bunga putih"..

Bila berhenti berehat pun.. tengiang lagi...

"2 kuntum bunga putih"..

Dan kebetulan pula, laluan yang kami lalui pagi tersebut se akan akan sama seperti yang terdapat di dalam mimpi tok malam tadi. Cuma kali ini tok berkayuh bersama sama sahabat dan tiada unyang di sisi. Akhirnya tok nekad untuk mengambil 2 kuntum bunga putih seperti yang di suruh di dalam mimpi (itu pun jikalau bertemu). Hal ini tidak tok ceritakan pada sahabat sahabat yang lain di ketika itu. Biarlah tok seorang sahaja yang menyimpan cerita ini tanpa melibatkan orang lain. Tok takut jikalau di ceritakan ketika itu, mungkin akan jadi cerita lain.

Sambil sambil berkayuh.. tok ternampak bunga tersebut. Kali pertama tok biarkan. Di hadapan tok jumpa lagi.. dan di biarkan lagi. Tok serba salah tak mahu akibat daripada gara gara tok.. sahabat sahabat lain di ganggu. Ketika itu tok teringat kan mimpi tentang perempuan berbaju putih yang meracau racau tersebut.

Ketika sudah hampir untuk pulang dan ketika menaiki bukit terakhir (kata sahabat) yang juga di panggil Bukit Botak tok ternampak bunga tersebut. Masih lagi tengiang di kepala..

"2 kuntum bunga putih"..

Kali ini tok nekad untuk mengambil bunga tersebut. Lalu tok berhenti di pertengahan bukit dan memetik 2 kuntum bunga putih tersebut. Bunga bunga tersebut tok simpan baik baik di poket belakang seluar.

Kayuhan diteruskan meneruni bukit tanpa perlu berkayuh. Tiba tiba tok rasa ada kekuatan angin yang luar biasa di belakang tok dan tidak semena mena tok rasa ingin muntah, badan kebas seluruh badan dan sejuk sangat terasa sehingga ke tulang jari dan badan tiba tiba lemah seperti komputer sedang "shutdown". Di dalam keadaan itu juga tok terasa ingin membuang air besar dan rasa krem di kedua dua belah kaki. Di ketika ini tok tahu ada gangguan. Tok cuba tenangkan perasaan dan membuat apa yang patut. Akhirnya tok akur.. tok perlu berehat sebentar sambil memrhatikan apakah gangguan tersebut.

Setelah tok rasa sehat kembali, kami pun meneruskan perjalanan pulang. Hal ini tidak langsung tok ceritakan pada sahabat sahabat tok yang lain. Walaupun ketika minum minum di kedai sebelum balik dirumah. Ketika di rumah baru tok teringatkan 2 kuntum bunga yang tok petik tersebut. Bunga tersebut sudah berubah warna menjadi warna kuning.

Sehingga sekarang tok masih lagi tidak dapat logik dan apa perlunya tok untuk mengambil 2 kuntum bunga putih.

Sunday, March 28, 2010

Mersing Johor

Hari ini tok bertolak ke Mersing untuk urusan kerja. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mersing melalui Ayer Hitam, Kluang dan Kahang mengambil masa lebih kurang 5 jam. Masa itu ada mengambil kira, temperature kereta yang asyik turun naik dan termasuk berhenti makan. Petang tadi tok ambil kesempatan untuk berjalan di tepi laut berdekatan dengan Hotel penginapan tok. Bawah adalah sedikit ole ole untuk di kongsi.





Tea"O" Ais RM1 dan Kopok Lekor RM1. Esok tok akan ke Cherating pula. Mungkin menginap di Kuantan. Tak tahu lagi....


Wednesday, March 24, 2010

Muka Buku


Ada beberapa request yang masih pending untuk approval. Tok harap siapa yang nak add tok sebagai kawan tu tolong lah add beserta sedikit maklumat diri. Itu untuk mana mana yang tok tak kenal atau baru baru nak berkenal kenal. Kalau yang kenal tu, tok tak ada masalah.

Tuesday, March 23, 2010

Litespeed Pisgah


Akhirnya, basikal tok siap sepenuhnya. Tunggu masa untuk beraksi sahaja. Ringgit Malaysia yang di habis kan untuk menyiapkan basikal ini adalah lebih kurang RM13,570.00

Saturday, March 20, 2010

Barang Sudah Sampai

Akhirnya genap 3 minggu, barang yang ditunggu tunggu tiba juga. Itu pun setelah Wak Labeb yang call bagi tau. Apa lagi, tok pun bergegas la ke kedai untuk melihat barang yang sampai. Sambil sambil membawa barang yang sedia ada untuk di cantum cantum. Memandangkan tok tiba agak lewat petang, maka barang terpaksa di cantum hari Isnin nanti. Tak pa lah.. tok bukan cepat nak guna pun. Cuma tok tak sabar nak lihat barang barang yang akan di cantum.

Barang masih di dalam kotak kerana menunggu tok tiba. Tak sangka betul, dulu pernah berangan nak barang ni tapi tak sangka sampai mampu beli. Hish.. Titanium tu. Salah satu bahan untuk membuat kapal terbang (roket) Challenger yang turun naik dari bumi ke angkasa lepas.

Boon Foo kasi pisau suruh bukak kotak sendiri. Hmm.. pucuk di cita, ulam yang mendatang. Sebelum bukak kotak kasi tangkap gambar label dulu.

Setelah di buka kotak. Inilah dia barang nya yang tok tunggu tunggu. Memang ringan barangnya. nanti bila dah cantum cantum baru timbang. Mengikut kata Boon Foo, hari Isnin boleh angkat. Siap kasi cantum. YeeeHawwww!!!!


Friday, March 19, 2010

Darul Saka

Selepas ambil MC pagi tadi tok ada melepak minum dengan kawan kawan yang lain. Kebetulan pulak ramai yang bercuti tak kira di sebabkan MC atau memang ambil cuti. Antara salah seorang kawan tok ada bercerita tentang anak saudara nya (perempuan) yang sudah dilarikan orang. Tapi macam biasalah antara rakan rakan ni sebelum membantu, kami akan gelak gelakkan dulu atau pun soal siasat macam polis pencen. ada yang pertanyaan yang di tanya..

"Berapa umur anak saudara kau ni?"..
"Dah report polis ke belum?"..
"Anak saudara kau ni lelaki ke perempuan?"..
"Dah berapa lama hilang?"..
"Dah jumpa tok bomoh mana?"..

dan macam macam lagi bentuk soalan yang boleh mendatang kan gelak ketawa. Padal kawan itu serius meminta pertolongan. Nasib baiklah kawan tersebut tebal telinganya..

Antara konklusi yang tok dapat buat adalah. Anak saudara sahabat ini adalah seorang perempuan yang berumur dalam 20 an, telah menghilangkan diri dalam tempoh 5 bulan kerana mengikut seorang lelaki dan angkara buatan ilmu sihir. Macam macam cara telah dibuat, termasuk berjumpa berbagai tok guru, tok bomoh dan juga sami siam. Semuanya surrender tak berani nak buat. Ini cuma konklusi yang tok buat daripada cerita yang tok dengar.

Atas dasar ingin membantu dan beliau sanggup berusaha lagi. Tok telah bagi satu website..


Tok bagi tahu ini adalah salah seorang sahabat yang tok kenal lama dahulu dan tok pun sudah lama tak berhubung. Kalau masih nak mencuba, hubungi nombor yang ada di blog tersebut. Apa apa hal pakat pakat la betul betul. Disebabkan sudah lama tak berhubung, tok pun tahu tahu macam mana charge yang di kenakan dan sebagainya.

Hanya itulah sahaja yang dapat tok tolong. Lagi pun bidang perawatan, cari orang/barang hilang, buang saka, halau hantu/jin/jan/jun adalah diluar pengetahuan tok. Begitu sahajalah pengakhiran cerita kami. Selebihnya bersambung lah cerita hal hal lain..

P/s: tentang tok belagak dari darul saka ni, kalau di sebut nama betul tok mungkin beliau tak kenal. Dan ini bukan IKLAN, sekadar bercerita sahaja.

Apa Apa Apa Aja

Sebenarnya tak tahu nak cerita apa. Saja nak menulis di sini. Tok dah 2 (dua) hari demam. Masuk hari ni adalah hari ke 3 (tiga). Tapi baru hari ni ambik MC. Jadi hari ni cuti lah. Nenek pulak sebuk ke Hospital menjaga ibunya yang sakit. Jadi adalah malam malam yang tok keseorangan kerana nenek tidur di Hospital... seperti malam ini.

Kebetulan hari ini MC, jadi tengahari tadi tok berkesempatan lah membawa Paklong, Pakngah, Paktih dan Paksu ke masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selalunya tok sembahyang jumaat di sekitar ofis. Dan inilah salah satu hikmahnya ketika sakit ini.

Tajuk topik Apa Apa Apa Aja tu sengaja tok letak sebab tok tak tahu nak cerita apa. Tok cuba melayan menulis ini untuk melihat apa buah fikiran yang akan keluar nanti. Selalunya tok akan merepek lah. Apatah lagi dengan tambahan Panadol, Pain Killer, Antibiotic dan Charcoal Tablet. Tok cuba untuk tidak tidur awal, kerana petang tadi sudah puas tidur. Jadi cukup cukuplah tidur tu dulu.

Sebenarnya sudah beberapa hari tok berfikir untuk bercerita tentang cubaan tok mengumpan Bunian untuk menjelma kan diri. Tapi bila hendak menulis, idea hilang. Bila sebuk, idea datang. Kadang kadang tu tercerita hal lain yang tidak berkaitan. Tapi jangan pulak kata ini sebagai gangguan untuk mengagalkan tok untuk bercerita, cuma idea yang tak berapa ada di ketika itu.

Ok baru teringat nak cerita sesuatu... tok akan sambung di topik selepas ini.

http://ketualanun.blogspot.com

Friday, March 12, 2010

Kerja

Hari ni tok hantar 3 resume tok keluar:

1. Lihat The Star Jobs sabtu yang lalu, ada satu Suruhanjaya yang bakal di adakan oleh kerajaan Malaysia. Walaupun tok dah hantar melalui email ke email address yang di beri, tetapi hari tok hantar lagi kepada kawan yang kenal orang dalam Suruhanjaya tersebut untuk sedikit pertolongan.
Jawatan: IT Manager dan ke atas

2. Kebetulan terlihat ada satu syarikat yang mula mula tok kerja dahulu betul betul selepas tamat Ijazah ada mencari perkerja yang rasanya jawatan agak sesuai dengan tok.
Jawatan: IT Manager

3. Kebetulan pula hari ini juga ada Headhunter mencari perkerja call tok.
Jawatan: IT Director

Hantar ajalah bukan kena bayar pun.