Saturday, February 19, 2011

Gunung Santubong - Part I


http://en.wikipedia.org/wiki/Mount_Santubong

Minggu hadapan (InsyaAllah) tok dan keluarga akan ke Kuching. Tiket bilon sudah di beli. Hotel sudah di tempah. Kenderaan sewa juga sudah di tempah. Tujuan asalnya adalah untuk memanjat Gunung Santubong, jadi di kesempatan yang sama tok bawak lah bersama keluarga sambil berjalan jalan. Kebetulan pulak nenek tengah "loaded", jadi nenek ok sahaja.

Tak tahu lah kenapa Gunung Santubong telah dipilih oleh rakan rakan tok kali ini. Rasanya banyak lagi gunung di semenanjung yang belum di daki. Dengar cerita sambutan untuk mendaki gunung ini agak menggalakkan.

Sebelum pergi ni ada juga tok google kan sikit tentang gunung ini. Ada satu gambar yang tok lihat seperti tempat yang tok pernah pernah pergi. Walaupun secara realitinya tok tak pernah sampai lagi.

Baru baru ni tok ada cuba buat perjalanan ghaib. Melancung la juga. Permulaan perjalanan adalah di pinggir sebuah pokok yang besar. Punya la besar.. sehinggakan akar akar dan banir membentuk tangga membawa ke atas pokok. Ada sesuatu yang memanggil manggil tok naik ke atas dengan melalui tangga tersebut. Sempat lah tok berfikir sejenak sama ada nak naik atau tidak. Selepas tok terfikir yang tok pergi bukan dengan jasad, barulah tok teruskan naik. Itu pun di mulakan dengan kalimah "Bismillah hir Rahman nir Rahim".

sambung..


Monday, February 7, 2011

Pening - Part III


Titik.Perisai.Tumbuk.Sisip.TT.Tarik.Lutut.Siku.Titik.Perisai.Tumbuk

Tuesday, February 1, 2011

Makin ke Belakang


Tok tengok orang lain makin berlumba lumba ke hadapan. Blackberry, Iphone dan macam macam model lagi yang tok tak kenal. Entah kenapa hati tok meronta ronta untuk guna hp yang tidak lagi canggih. Walau canggih macam mana pun, yang tok guna hanya untuk telefon dan sms sahaja. Jadi tok tak layak untuk guna hp yang canggih canggih.

Setelah berminggu minggu memikir, macam satu masalah besar pula dan macam orang tua nak Andropous pun ada. Jadi tok kembali kebelakang dengan menggunakan Nokia 1280, yang mana masih menggunakan Platform s30. Setelah ditukar, baru lah lega hati tok. Rasanya perasaan ni macam baru sahaja menyelesaikan masalah dunia.

Yang paling gembira sekali adalah Pak Ngah. Sebab Music Xpress tok yang dulu, tok berikan sahaja pada beliau tanpa syarat apa apa. Siap gantikan pula dengan bateri baru dan screen protector yang baru.

Monday, January 10, 2011

Pening - Part II


Titek.Perisai.Tumbuk.Sisip.Siku.Titek.Perisai.Tumbuk

Monday, January 3, 2011

Pening


Titek.Perisai.Tumbuk

mender nya tu.. dah tua tua ni susah sikit..

Sunday, January 2, 2011

Sedikit Kisah Unyang - Part 2


kadang kadang tok ada jugak berbalah dengan unyang. sebab tok tak suka sangat unyang dok provoke orang. tapi, unyang kata dah semula jadi dia seorang guru, secara tak langsung dia masih terikut untuk menyampaikan walaupun sedikit apa yang dia tahu.

"tapi, ilmu lain lain bah.. lain orang lain haknya".. kata tok

unyang sedar yang tu, tapi apa nak buat. dia seronok buat begitu. apatah lagi selepas pencen bila dah tak tahu nak buat apa. dahulu unyang rajin buat muzakarah, tak kira apa pegangan dan apa bawaan sekali pun, beliau berjaya mengumpulkan berbagai bagai orang dari berbagai bagai perguruan di bawah satu bumbung untuk bermuzakarah hal hal ilmu.

yang ini pun tok tak setuju. sebab selalunya di forum forum internet, akan ada pergaduhan yang mendewa kan perguruan masing masing sehingga tidak mahu bertolak ansur.

"itu forum orang orang muda".. kata unyang
"kami yang dah tua tua ni sembang sembang sahaja, mana ada gaduh gaduh".. tambah unyang lagi

dengan tak disangka forum unyang ini berterusan tiap tiap minggu sehingga menjadi seperti hal tetap pulak.

"berapa ramai sekali datang bah?".. tanya tok pada unyang
"paling kurang 10-12 orang tiap tiap forum".. jawab unyang

rupanya unyang yang jadi pengurusi majlis, iaitu ibarat moderator di forum maya. ada juga unyang ajak tok pergi.

"forum orang tua.. lain kali ja lah ya".. jawab tok

bersambung..


2.1.11


err..

hari hari kena buat posting ka ni.?

tok baru ja mesin rumput keliling rumah tok. selalunya tok call aja bangladesh yang nama tok bari tu. tapi sejak beli mesin rumput elektrik ni. gamaknya terpaksa lah mesin rumput sendiri. mengikut perkiraan nenek, 8 bulan ja dah dapat ROI kalau beli mesin rumput ni. termasuk lah ROI tenaga 4 kerat tok ni.

habis menggeletar tangan tangan tok ni. adus.. dah macam parkinson pulak tangan tangan ni. malam ni ada appointment pulak dengan tok ha lurus nak join kelas dia. harap harap boleh recover la. sebab kelas tok ha lagi letih.

nasib baik esok cuti lagi..


Saturday, January 1, 2011

Sedikit Kisah Unyang - Part 1


arwah unyang ni dahulunya seorang cikgu. cikgu sekolah la. penghujung sebelum bersara, beliau sempat juga menjadi guru besar. walaupun beliau ni seorang guru, tok tengok beliau suka sangat mencari ilmu. macam ilmu beliau belajar, dari hal kebatinan la, tarikat la, makrifat la, hakikat la. paling jauh yang tok tahu dia pernah pergi, sampai ke Indon aja lah.

satu lagi yang tok perasan tentang beliau ialah, beliau ni suka sangat bersembang sembang dengan ntah sesiapa orang ntah. bermuzakarah, kata unyang dahulu. pantang lepa, ada je orang nak layan beliau bersembang. topik yang paling beliau minat sekali adalah bab ketuhanan.

macam macam orang dah beliau jumpa, hampir kesemuanya di ceritakan pada tok. rasul melayu tu pun di layan sembang juga. cuma ayah pin sahaja yang beliau tak jumpa. itu pun tok tak tahu. ntah ntah beliau dah jumpa. unyang ni, soalan favourite dia bila jumpa orang, beliau akan tanya..

"dimana Allah?"..

selalunya orang mesti jawab, walaupun soalan ni soalan provoke shj.

sambung...

1.1.11


tahun gregorian 2011 sudah tiba. walau pun ramai yang tak menyambut tahun baru gregorian ni. tapi sebenarnya ramai yang sukar lari dari tahun gregorian ni. dengan kata lain, terpaksa juga guna kalendar ini berbanding dengan kalendar hijriah.

tok tak tahu apa peristiwa peristiwa penting yang bakal berlaku pada 2011 (kerana tok bukan peramal). tapi ramai (di internet) menyatakan akan berlaku berbagai peristiwa peristiwa rentetan menjelang tibanya tahun 2012. dimana juga di sebut sebagai pelbagai malapetaka akan berlaku.

apa yang nak berlaku, biar la berlaku. bukankah semua itu InsyaAllah belaka. apa yang nak di kekang lagi. macam biasa lah.. masing masing ada pendapat sendiri. masing masing ada minat sendiri dan masing masing ada carian sendiri.

kalau yakjud makjud nak keluar.. biarlah. kalau dajjal nak tunjuk muka.. biar lah. siapa lagi nak keluar? freemason? illuminati? cicak tokek? the green lantern? biarkan lah. sekali sekala layan cerita freemason ni pun best jugak. tapi boring la kalau main dam pun di katakan sebagai unsur illuminati.

harapan tok pada awal tahun gregorian ni, nak sangat dajjal tunjuk muka. itu pun kalau dia berani la. err... ada ka dajjal ni?

Thursday, December 30, 2010

Wujud


Selama ini ramai yang dok cari cari Yang Wujud itu. Cari punya cari... ada yang rasa jumpa dah, ada yang tak puas, cari lagi. Ada yang ngaku jumpa dah.. cerita lah macam tu macam ni pada yang tak tahu. Yang tak tahu pulak, ada yang ikut ada yang tolak. Yang ikut pulak sambung cerita orang yang dah rasa dah jumpa tu, macam dia pulak yang dah rasa.

Mana mungkin yang tak wujud boleh berjumpa Yang Wujud. Jadi apa nak buat? BB ajalah dulu. Lain orang lain pendapat. Ikut lah pendapat dan pegangan masing masing. Kalau nak playsafe, duduk sahaja kat syariat.

Err.. tetiba je merepek ni.. apa hal gua ni??

P/S: BB = Buat Bodoh