Thursday, December 27, 2012

Buku Yang Dah Lama Habis Di Baca



Sila baca ikut turutan.

1. Bagaikan Puteri - Alaf 21 (tahun 2005)
2. Cinta Sang Ratu - Alaf 21 (tahun 2007)
3. Hijab Sang Pencinta - Alaf 21 (tahun 2008)
4. Cinta Sufi - Alaf 21 (tahun 2010)
5. Sutera Bidadari - GB Karangkraf (fka Alaf 21) (tahun 2011)
6. Sunan Musafir - Alaf 21 (tahun 2012)

Tuesday, December 25, 2012

Rasanya Macam Nak Menulis


Rasanya macam nak menulis. Sebab tok tengok kat facebook diorang ni suka share macam macam. Main share ja.. tapi tak pernah buat rujukan. Kononnya share benda elok, rupa rupanya isi nya penuh dengan penipuan. Lepas tu tak nak bertanggung jawab pulak tu.

"Aku cuma share kan ja.".. kata diorang

Lhorrr bapak.... bapak harus lah bertanggung jawab. Benda sampai menyampai ni boleh jadi fitnah kalau tak betul. Ada pulak tu benda menyampai tak betul pasal Rasullullah. Rasullullah tak kata.. dia dok kata Rasullullah kata. Tok nasihatkan.. hati hati lah... jangan jadi tukang sampai yang tak betul. Tok malas nak petik apa benda apa yang diorang dok share share ni. Ada yang dah di tegur pun degil jugak. Ikut suka la nak buat apa pun labu. Yang penting tok dah jalankan tugas untuk menegur.

Lagi satu tok tak berapa berkenan.

"Ya Allah, jadikanlah siapa yang like gambar ni dapat sampai ke Mekah"...

Doa tu bagus, tapi yang like like tu apa kebendernya.

"Ya Allah, jadikanlah siapa yang share gambar ni dapat sampai ke Mekah"..

Ni lagi satu. Kalau nak doa.. doa ajalah. Tak perlu lah tambah tambah. Ini ibarat, siapa tak share atau tak like gambar tu, maka beliau ni macam tak berdoa nak pergi Mekah lah pulak. Maka berduyun duyun lah orang like dan share. 

Dulu dulu masa zaman sebelum ada facebook pun banyak jugak kes kes cam ni. Orang kampung tok panggil SURAT BERANTAI.  Maka di tulis lah dalam surat tu amanat sheikh mana mana tah. Lepas tu ending surat tu menyatakan, siapa yang baca surat ni, tak sampaikan kepada sekurang kuranya sepuluh orang, maka akan terjadi mala petaka kepada pembaca dalam masa beberapa hari. Maka berduyun duyun lah surat ni di hantar merata rata.

Sekarang tidak perlu lagi. Guna facebook, guna LIKE atau SHARE sahaja. Maka berantai rantai lah ia.

Saturday, December 22, 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru


Kalau anda orang Mayan, Ya.. bukan orang bugis atau minang atau jawa atau boyan. Maka kalendar anda telah berakhir semalam. Oleh itu hari ini adalah hari baru buat anda.

Oleh sebab itu tok ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru. Ada bakar bakar bunga api tak semalam?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

PMR 8A


"Berbaloi betul penat abah hantar pergi tusyen".. kata nenek semalam

Tok diam ja. Sebenarnya konsepnya bukan begitu. Keputusan PMR 8A tu pun atas rezeki yang Allah beri. Tok menghantar tusyen siang dan malam tu pun bukan kehendak tok. Kalau tok, baik tok relaks ja kat rumah. Tapi itu semua kehendak Allah. Allah mahu memberikan 8A dalam PMR, jadi Allah sediakan semua jalan jalan yang mudah kepada beliau, tok dan nenek.

1. Bila nak join 2 atau 3 tempat tusyen yang berbeza, diberikan tok rezeki/duit yang lebih untuk membayar yuran.
2. Di berikan tok kekuatan/kesihatan/kehendak untuk menghantar ke pusat tusyen, walaupun jauh.

Jadi, segala puji pujian hanya pada Allah sahaja yang patut di beri. Kenapa pula?

1. Allah yang berkehendak.
2. Allah yang menentukan.
3. Allah yang memudahkan segalanya.
4. Allah yang memberi.

Apa apa pun tahniah kerana mendapat keprihatinan daripada Allah untuk diberikan 8A dalam PMR. Tak perlu tulis panjang. Budak 15 tahun cukup sahaja paham yang gini gini. TAHNIAH...

Tuesday, December 18, 2012

Kiamat




“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing)”

Dalam ayat ini jelas menyatakan bahawa ketika berlaku kiamat nanti akan ada manusia yang dapat melihat keadaan kiamat itu sendiri. Tak dapat tok pastikan sama ada apa jenis jenis manusia atau jin atau apa makhluk yang dapat melihat keadaan kiamat nanti. Yang ni tok berlapang dada ja lah "siapa" yang di maksudkan dalam ayat ini sudah semestinya termasuk lah golongan manusia. Sama ada manusia ini jenis Islam atau kafir pun tok tak tahu. Yang pastinya mereka adalah dalam golongan yang di kehendaki oleh Allah untuk melihatnya.

Tapi jangan lah pula kata mereka yang yang melihat keadaan kiamat ini adalah antara manusia yang terselamat. Sebab kita tak tahu pula azabnya pula keadaan mereka di ketika itu. Rasanya cukuplah kita mengatakan bahawa ada juga sesiapa yang dapat melihat hari Kiamat berlaku. Ada tafsir menyatakan (tok tak ingat yang mana satu), setelah mereka melihat keadaan kiamat itu, dan setelah manusia manusia yang tidak terpilih semua mati, barulah manusia manusia terpilih (terpilih untuk melihat kiamat) ini di matikan. Selepas itu barulah di tiupkan sangkakala kedua untuk perhitungan semua makhluk yang akan dihitung termasuklah manusia manusia terpilih ini.




“Dan (ingatlah) hari (ketika) ditiup sangkakala, maka terkejutlah segala yang di langit dan segala yang di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri”




1.
 alqaari’atu Hari Kiamat,
2.
 maa alqaari’atu apakah hari Kiamat itu?
3. wamaa adraaka maa alqaari’atu Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
4. yawma yakuunu alnnaasu kaalfaraasyi almabtsuutsi Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran
5. watakuunu aljibaalu kaal’ihni almanfuuyi dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan.



                                                                                                        

“Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.”

Dalam ayat ini ada menyatakan “Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba tiba”. Maksud tiba tiba kalau guna bahasa biasa, lebih kurang macam datang tiba tiba dan tanpa disangka sangka. Senang kata tak ada siapa pun yang tahu atau dapat menjangka bila berlaku kiamat kecuali Allah SWT.

Sunday, December 16, 2012

Hikayat Umar Umaiyyah



Siapa yang dah pernah baca Hikayat Amir Hamzah yang panjang ni, mesti kenal dengan sahabat baik beliau iaitu Umar Umaiyyah. Dalam Hikayat Amir Hamzah, Umar Umaiyyah ni di sifatkan sebagai sebagai seorang periang, pencuri, suka mengenakan orang dan juga mempunyai ilmu atau alat alat mistik. Beliau tidak lah sekuat Amir Hamzah, tetapi gadget dan sifat suka menipu tu yang sntiasa buatkan tok teringatkan beliau.

Rupa rupanya Umar Umaiyyah ni pun sebenarnya terkenal juga. Beliau mempunyai Hikayat yang tersendiri iaitu Hikayat Umar Umaiyyah.


Dalam hikayat ini, beliau diceritakan sebagai seorang yang kuat menipu dan suka mengenakan orang. Juga ada satu bab khas menceritakan tentang kenapa tentera bergajah Abrahah dari Yemen menyerang Mekah. Rupanya pasal si Umar Umaiyyah juga. Walau bagai mana pun, hikayat Umar Umaiyyah ni tidak lah setebal Hikayat Amir Hamzah. Tapi memang seronok di baca... kalau kamu penggemar buku hikayat lah.

MenCuka Lantai


Tok pernah cerita dulu [disini] yang tok ni tak bela kucing. Tapi kucing suka datang rumah tok, siap beranak lagi. Bila dah ramai tu mula lah keluar sifat kebinatangan diorang ni. Kencing dan berak merata rata. Nenek dah tak tahan, sebab diorang ni berak atas lantai tiles, siang cuci malam berak balik. Tok dengar aja lah bebel an nenek. Tok nak pukul kucing, memang tak sampai hati. Dan tok tak benarkan siapa siapa marah dan pukul kucing dirumah tok ni.

Konsep tok mudah, siapa datang menumpang kita cuba layan cara baik, termasuk lah binatang. Kalau tak suka halau. Tapi kucing kucing kecik ni tok tak sanggup halau. Dan pikiran tok ni pun, rumah yang tok duduk ni pun menumpang juga, semuanya bukan milik tok. Jadi, tok cuba tangani dengan sebaik yang mungkin.

"Diberikan madu, di balas tuba"..suatu hari tok terima sms dari nenek.

"He he he".. tok balas. Tok tahulah ini mesti pasal kucing.


Entah mana nenek dapat petua letak air cili dalam bekas, konon nya kucing tak berani datang nak kencing dan berak. Tok tengok makin menjadi jadi ada le. Jadi tok pun mula lah projek, ingat balik petua petua lama. Macam biasalah, sebelum memulakan kerja harus dimulakan dengan niat dan doa. Suatu pekerjaan yang bukan kerana Allah SWT adalah suatu pekerjaan yang sia sia. Ya, macam mana pula nak meng niatkan mencuci taik kucing ini adalah kerana Allah? Itu pandai pandai le tok tok semua memikirkannya.


Apa apa hal pun, kena cuci dulu lantai bersih bersih. Dah basuh lantai kasi kering dulu. Tok guna mop ngan kain. Sebenarnya buat lah apa sahaja janji bersih suci. Dan selepas itu keringkan sahaja lantai tu.

"Cuka ada?" tanya tok pada nenek..


Tok tahu nenek memang ada stok cuka ni, sebab nenek selalu sangat masak ikan kuah cuka. Dah dapat cuka tok pun bancuhlah cuka dengan air dalam botol spray. Bancuhannya adalah separuh cuka separuh air. Dan, selepas di goncang goncang botol spray, maka tok sembur lah bancuhan cuka tadi atas lantai. Bila dah seronok main spray spray cuka, tok terlajak sampai satu rumah tok spray. Sampai habis sebotol bancuhan tok spray.

"Kena beli lagi cuka".. kata tok pada nenek..


Kali ini botol besar nenek belikan untuk tok. Dah spray pagi, tok spray pula petang. Dan tok ulang selama tiga hari. Alhamdulillah, tiada lagi kesan kesan tinggalan penjajah di rumah. Rupanya, muka nenek yang mencuka selama ini, ubatnya adalah cuka juga.

Suatu hari tok tengok, anak anak kucing ni tidor dalam helmet motor pulak. Ini mesti kes tak tahan bau cuka. Kucing jantan yang selalu pancut merata rata pun tok tengok dah tak lalu ikut rumah tok. Kalau nak lalu diorang lalu ikut longkang ja. Sekarang ni, motor skooter elegent tok pun dah di spray dengan cuka.

Wednesday, December 12, 2012

Sedang Dibaca


Taj Us-Salatin (Mahkota Segala Raja Raja)






Buku ni sebenarnya adalah guideline bagi raja raja untuk cemerlang gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Buku ini juga mencakupi hal hal keagaaman, kemanusiaan dan juga keduniaan.. Tok rekemen la kalau mana mana sultan atau bakal bakal sultan baca buku ni. Apa apa pun tok tak boleh chong panjang, sebab tak habis baca lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.9

121212


Sebenarnya adalah

12 12 2012 atau;
12 December 2012

ada yang dah terbiasa tahun di pendekkan kan, tu yang 2012 jadi 12 ja. apa apa pun tak kesah la, yang penting masing masing paham. Bila disusun berderet 12.12.12, maka jadi cantik la nombor ni. Bila dah cantik, senang la pulak nak ingat.

Maka hari ni macam maca acara lah di adakan.

- ada yang menikah
- ada yang kahwin
- ada yang kahwin lagi
- ada yang kahwin lagi dan lagi
- ada yang cuba beranak hari ni

Bukan apa, kalau tarikh biasa biasa ja, susah benar nak ingat. Terutama sekali orang lelaki.

"Abang, happy xxth anniversary" sms nenek pada tok 30 hb nov yang lalu.

"he he he.. lupa" jawab tok

"dah agak dah" balas nenek

Tuesday, December 11, 2012

In Shaa Allah


insha allah
Insha Allah
In Sha Allah
in sha allah
in sha' allah
In Sha' Allah
insha' allah
Insha' Allah

apa la korang ni pening pening lalat sangat. janganlah di persusah susahkan segala hal. kesian lah mereka mereka yang pelat. yang penting maksud yang di pahami masing masing. cepat betul jatuh jatuh hukum.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Bacaan Bulan November


Bulan lalu adalah bulan yang tok kurang membaca. Hanya dua buku sahaja yang habis di baca.


dan buku


Vamphra adalah sambungan dari pada buku


Tak ada komen apa apa. Sebab tok dah jadi habbit sebelum tidur mesti baca buku. Jadi tok belasah aja buku apa yang ada di rumah.

Monday, December 10, 2012

Baru Habis Baca



21 December 2012


Kalau tanya lobai google... macam macam cerita tentang 21 December 2012. Ada yang kata hari kiamat le. Bumi nak terbalik la. Ada planet nak hantam bumi la dan macam macam teori keluar. Sebenarnya tak payah tanya tuan lobai pun ramai jugak peramal peramal bangsa melaya pun lebih kurang jugak teorinya. Dari satu tarikh ke satu tarikh. Kalau tak jadi apa apa tarikh tu, dianjak pulak ke tarikh lain.

Jadi, tarikh yang terdekat untuk di perhatikan oleh pembina pembina teori adalah 21 December 2012, iaitu jatuh pada hari Jumaat minggu hadapan. 

"Bukan hari kiamat la... tapi setakat bencana sahaja"... ada pulak yang kata camtu.

Maka ada lah puak puak yang dah buat simpanan barang barang makanan dan keperluan untuk menghadapi bencana ini. Simpan beras, simpan sardin tin, simpan maggi dan macam macam lagi. Tapi yang ni tok tak tahu lah kat Malaya ada buat ke tak? Tapi luar Melaya pastinya ada.

Sebenarnya mana datang asal usul cerita 21 hb December ni. Yang ni tanya Lebai Google pun dapat jawapan jugak. Cuba tanya Lebai tentang Mayan Calender. Tok malas nak buat rumusan pasal ni. Jawapan mudah boleh dapat dari pakcik Lebai.

Kalau lah 21hb mendatang ni Kiamat. Jadi..
1. Mana cerita Mahadi? 
2. Mana cerita Dajjal?
3. Mana cerita Nabi Isa?
4. Mana Cerita Bani Tamim?
5. Mana cerita Yakjud Makjud?

Tok pula mengambil jalan tengah (jika berlaku kiamat pada 21 Dec 2012), mengata iya pun tidak, mengata tidak pun tidak. Sebab bagi tok, hanya Allah SWT sahaja yang tahu tarikh hari kiamat ini.

Tentang bencana (jika berlaku pada 21 Dec 2012), yang ini pun tok ambik jalan tengah jugak. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Tujuan tok tulis topik ini adalah sebenarnya tok tak tahu nak tulis topik apa. Sebab bulan December ni tok belum tulis apa apa pun. Kebetulan ada cerita cerita pasal 21 December, jadi tok tulis sahajalah apa yang ada di hati.


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".
(Al-A'raaf 7:187)