Tuesday, November 11, 2014

11.11

Hari ni 11 November adalah hari jadi nenek. Tahun lepas (pada bulan september rasanya) tok ada cerita pasal kereta nenek hilang ketika parking di stesyen komuter.

Part 1
Part 2
Part 3

Sempena hari jadi nenek tahun ini nenek dapat hadiah yang terbaik dari syarikat yang bertanggung jawab. Antaranya;

1. Cevrolet sebiji

2. Bilik pejabat sendiri

3. Bilik pejabat sendiri yang agak luas. View jalan raya. Ingat kan view laut atau pantai!!!

Sekarang nenek sudah bertukar kerja di syarikat dalam kumpulan yang sama dengan syarikat yang mengambil kereta nenek haritu. Rupanya inilah dia hikmat kesabaran dahulu. Harap harap nenek tak balas dendam. Kerjalah baik baik ya my darling.

Selamat Hari Jadi. Moga kita sentiasa berada di dalam rahmat Allah S.W.T.

Bukit Kutu


Pada weekend (9 Nov 2014) yang lalu tok dan beberapa rakan dan jiran telah mengambil kesempatan untuk mendaki Bukit Kutu di Kuala Kubu Baru Selangor. Penjelasan pasal Bukit Kutu sangat senang di dapati kalau bertanya dengan haji google. Jangan terpedaya. Nama aja bukit, Tapi mencanak nya boleh tahan jugak, nak nya untuk warga warga yang dah berusia macam tok. Sebenarnya jiran dan rakan rakan tok merancang untuk memanjat Gunung Kinabalu pada bulan Mei tahun hadapan. Jadi, rentetan daripada itu, beberapa siri latihan terpaksa lah di rancang. Antaranya memanjat Bukit Kutu.

Berhenti dahulu di pekan Kuala Kubu untuk cari bekalan, terutama sekali nasi lemak. Sebab perancangannya untuk makan tengah hari di puncak bukit.

Meregang badan dan membaca doa untuk keselamatan.

Pendakian bermula. Pada awalnya, jalan agak mendatar.

Antara rakan yang biasa berlari ketika turun Kinabalu. Sembang Kemaih!!!

Antara checkpoint untuk berehat. Tempat yang tenang, nyaman dan menenangkan.


Antara yang awal sampai ke puncak Bukit Kutu.

Tak silapnya, ini adalah Empangan Kuala Kubu dari puncak Bukit.

Berdoa dan bersyukur kerana selamat naik dan selamat turun.

Cukup la tu gambar. Tanya haji google pun banyak gambar jugak. Ikut pengalaman tok memanjat pokok bukit ni, walaupun namanya bukit, tapi jangan di pandang rendah. Kelengkapan kena cukup dan sempurna. Terutama sekali kasut yang sesuai dan bag bawak air yang sesuai. Air sekurang kurangnya 3 liter baru selamat sikit la. Untuk latihan seterusnya kami akan ke Gunung Nuang pulak.

Tuesday, October 28, 2014

Siri Bercakap Dengan Jin Versi TV


Itu dia, dah ada versi TV. Bukan nak promo, sekadar nak sampai kan ja. Kot kot ada yang minat nak tengok.

Kongsi Video

Sekadar nak berkongsi video. Tok tak tahu siapa ni. Boleh layan la, tapi kebenarannya korang fikirlah sendiri. Video tu pun bukan tok punya. What say you baby???


Friday, October 3, 2014

Qurbani


Maka ketika anaknya itu sampai  berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".
(As-Saaffaat 37:102)

Salam Aidil Adha

Tuesday, September 30, 2014

Kongsi #2






Pikir, pikir dan pikirkan. Tak tahu benar atau tidak. Tapi untuk sesuatu kita pikirkan.

Kongsi


Sekadar berkongsing kongsi cerita dan berita. Untuk kita berfikir fikir dan membuka minda. Kebenarannya hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Sunday, September 14, 2014

Kuda Baru



Salam.

1. Nak kayuh basikal, hari hujan.

2. Sementara tunggu hujan berhenti, tok browse internet.

3. Bosan browse internet, nak update blog yang bersawang ni.

4. Jenuh pikir topik waktu hujan hujan ni.

5. Cerita ja lah pasal kuda baru tok ni.

6. Belum habis "running in" lagi.

7. Rasa macam pelik la pulak update blog style point form ni.

8. end


Wednesday, August 20, 2014

Ubat Nyamuk

Bila tiba musim yang kejap hujan, kejap panas ni, maknanya musim nyamuk keluar pun menjadi jadi lah. Selalunya nyamuk yang to nak elak adalah nyamuk Aedes. Kebetulan pula kawan dok tunjuk kat ''whatsapp" pasal ubat nyamuk ciptaan Universiti Malaya.


Mula mula diorang dok hantar keratan akhbar dulu. Seteleh sembang punya sembang baru lah tok tahu, selama ni ubat nyamuk yang gulung tu bukannya bunuh nyamuk, tapi sekadar menghalau nyamuk aja. Tapi yang ini, konsepnya dia akan menarik nyamuk datang dan membunuh sekali.


Dia punya set, sekali dengan pasu dan ubat nyamuk. Kata Tok Chai " esok pagi lepas pasang tu, kau tengok dalam pasu, banyak nyamuk mati dalam tu".


Ubat nyamuk nya macam ubat nyamuk gulung biasa ja, cuma saiz nya besar sikit. "boleh tahan 12 jam".. kata tok ngulu. "Dia pakai hormon manusia, tu sebab nyamuk tertarik datang".. kata tok chai. Tapi alhamdulillah, port yang tok selalu lepak malam malam bukan sahaja kurang nyamuk, malah sudah tiada nyamuk. Pasu ni tok letak luar rumah aja, tak perlu letak dalam rumah.

Tok bukan nak mengiklan, sekadar sharing sharing ja. Bak kata orang kampung tok kat Kuang, "sharing is Caring"

P/s: kalau sesiapa rasa fakta tok tulis kat atas tu salah, tolong imform ya. Tok tulis ikut sedap jari ja.


Wednesday, August 6, 2014

Al-Qalam


Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)
(Al-Qalam 68:11)

Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa
(Al-Qalam 68:12)

Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya.
(Al-Qalam 68:13)

Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan agama Kami)?
(Al-Qalam 68:14)

Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
(Al-Qalam 68:15)

(Orang yang bersifat demikian, akan didedahkan kehinaannya) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya (yang berupa belalai itu).
(Al-Qalam 68:16)

Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; -
(Al-Qalam 68:17)

Serta mereka tidak menyebut pengecualian.
(Al-Qalam 68:18)

Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur.
(Al-Qalam 68:19)

Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.
(Al-Qalam 68:20)

Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain -
(Al-Qalam 68:21) 

(Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya".
(Al-Qalam 68:22)

Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya):
(Al-Qalam 68:23)

"Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu".
(Al-Qalam 68:24)

Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu.
(Al-Qalam 68:25)

Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)".
(Al-Qalam 68:26)

(Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)".
(Al-Qalam 68:27)

Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?"
(Al-Qalam 68:28)

sumber: http://www.surah.my

Tuesday, August 5, 2014

Al-Kahfi


Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):
(Al-Kahfi 18:1)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
(Al-Kahfi 18:2)

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
(Al-Kahfi 18:3)

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".
(Al-Kahfi 18:4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
(Al-Kahfi 18:5)

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
(Al-Kahfi 18:6)

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Al-Kahfi 18:7)

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
(Al-Kahfi 18:8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
(Al-Kahfi 18:9)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".
(Al-Kahfi 18:10)

Friday, August 1, 2014

I Love You Dear


Lagu terbaik untuk hari ni. Tok iri hati dengan pencipta lirik ni. Memang memberi inspirasi betul pagi pagi ni untuk tok menjadi pencipta lirik. Harap korang terhibur.


Wednesday, July 30, 2014

Facebook Pages


Salam,

Ada beberapa yang add tok sebagai friend tapi tok tak approve lagi. Bukan apa, tok kalau orang belum pernah jumpa memang tok approve. Jadi tok create Facebook Pages. Kat situ rasanya korang boleh "like" je, tak payah mintak approval dah. Mungkin ada yang tak perasan, korang boleh pergi ke sana melalui..

http://www.facebook.com/BlogspotCommunity/

Tok pun tak tahu lah macam mana boleh jadi Blogspot Community pulak. Mungkin dalam keadaan mengong, main click "next" ja. Lepas tu tak nak check. Camtu la jadi nya. Kat sana pun tok ada jugak update sikit sikit, dan apa yang tok update di blog akan "auto export" ke sana. Jadi tok nak jemput lak korang ke sana untuk beraya, itupun kalau sudi.

P/s: Bila kita nak start boikot facebook? Dengarnya orang Yahudi yang punya.

Monday, July 28, 2014

Salam Aidilfitri

Salam semua. Sempena satu syawal ini, tok ingin memohon ampun dan maaf kepada pembaca blog tok (kalau ada la), sekiranya tok ada tertulis sesuatu yang boleh mengguris hati dan perasaan kamu selama ini.

Kepada saudara saudara di seluruh dunia, terutama di Palestine, Suria, Iraq, Myanmar dan dimana sahaja berada di dalam keadaan tertindas dan kesusahan. Tok ingin memohon ampun sekiranya doa doa tok tidak mencukupi untuk membantu anda semua. Mohon agar tok termasuk di dalam golongan mukmin yang mana doanya di anggap satu senjata.

Marilah kita sama sama berdoa agar dengan kedatangan Syawal ini,  dipercepatkan kedatangan penyelamat kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Agar kita semua dapat bersatu atas satu panji panji yang agung, iaitu panji panji Islam.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Thursday, July 24, 2014

Yakjud Makjud


Salam,

Antara pentanda atau petunjuk tibanya hujung zaman adalam keluarnya yakjud dan makjud. Orang orang biasa kebiasaan macam tok ni selalunya membayangkan yakjud dan makjud ni mesti lah makluk hidup. Kadang kadang terbayang la muka macam dinasour, kejap macam cacing besar, kadang kadang rasa macam orang pun ada. Tapi ada juga yang mengatakan ia sebenarnya adalah gunung berapi. Boleh baca di blog Yakjud dan Makjud ni.

Tok tak pastilah pulak kebenaran cerita cerita beliau. Tok cuma nak berkongsi kongsi pandangan yang berbeza.

P/S: Gambar atas tetap tiada kena mengena dengan dengan cerita. Cuma tok ambik dari blog Yakjud dan Makjud aja.

Wednesday, July 23, 2014

Kongsi Mimipi


Salam,

Dah hujung hujung puasa ni macam macam la pulak mimpi tok. Nak kata pelik, tak ada lah pelik sangat. Sekadar nak berkongsi mimpi aja. Apa apa pun gambar di atas tiada kaitan dengan mimpi tok.

+ mimpi tok tiba tiba ada ilmu melipat bumi. ini kira ilmu maca cerita jumper tu.
+ mimpi tok berkeboleh menggerak kan apa sahaja dengan menggunakan kehendak.

kan dah kata, mimpi macam budak budak. malam tadi pulak tok mimpi layan sorang tua ni bersembang dengan anak muridnya.

beliau suruh anak muridnya pakai serban yang ditengah tengahnya ada tongkol jagung. entah la, tok pun tak tahu macam mana rupa bentuk serban itu. Dalam mimpi tu tak sempat pulak tengok macam mana. Katanya, kalau pakai serban yang ada tongkol jagung tu baru boleh tengok kehidupan kita yang lalu. Katanya lagi, kalau untuk melihat kehidupan yang lalu, ianya haruslah melalui kehidupan yang lalu jugak.

Tok tak reti nak terangkan, tapi rasanya tok paham apa yang beliau cuba sampaikan pada anak muridnya. Konsepnya lebih kurang macam kelahiran semula lah. Lebih kurang kalau nak tahu sebelum ni seseorang itu adalah apa atau siapa, kena pakai serban tongkol jagung tu, baru tahu. Tapi tak tahu lah konsep ini ada dalam Islam atau pun tidak.

P/S: apa apa pun gambar diatas tiada kena mengena dengan mimpi tok.

Watak Watak Pentas Dunia


Bila Allah menjadi kan dan merancang peristiwa kekacauan dan berbagai bagai perkara berlaku. Sebutlah apa sahaja peristiwa peristiwa yang berlaku di ketika ini.
+ Perang saudara.
+ Palestin vs Israel
+ Kapal Terbang Di tembak
+ Cuaca Panas
+ Kiki
+ Boikot Mula Balik
+ Penculikan

Macam macam watak timbul. ada watak;
+ Penganalisa Dunia
+ Penganalisa Akhir Zaman
+ Pejuang
+ Penentang
+ Penyebar Dakyah
+ Tukang Sembelih Leher
+ Tukang Dengar
+ Tukang Ikut
+ Pemberi Sedekah
+ Peminta Sedekah
+ Dan macam macam lagi watak

Adakah watak watak ini dibuat buat. Adakah watak ini sudah di buat/ada dari azali lagi. Adakah watak ini dipilih pilih bila berada di dunia. Sebenarnya tiada jawapan betul atau salah. Ia adalah mengikut kepahaman yang Allah berikan pada kamu. Lain orang lain kepahamannya.

P/s: Pemilihan gambar tiada kena mengena dengan tajuk, saja nak kasi hensem blog.

Thursday, July 3, 2014

Kongsi Gambar


Sekadar untuk berkongsi gambar. Tak ada yang special pun. Sebenarnya tok pun tak tahu apa benda nya. Nampak macam bunga lalang pun ada. 


Ada yang menghantar kat rumah. Tok tak tahu siapa hantar dan untuk apa di hantar. Tok tak buat apa lah, sekadar kongsi kan gambar ajalah.

Wednesday, June 11, 2014

Beli Hadiah Hari Jadi

Dah berapa tahun kebelakangan ni, asyik beli pen ja sebagai hadiah hari jadi. Dah macam macam pen tok ada. pen kayu, pen carbon fiber, pen plastik dan sebut aja. Tok ni pulak jenis hadiah suka pilih sendiri. Jangan la nak surprise surprise.

Kebetulan pulah hari jadi tok dah dekat.

"Pen apa pulak nak tahun ni?".. tanya nenek..

wallau...... tok dah tahu dah....

"tactical pen!!".. jawab tok

Terkulat kulat la nenek nak paham kan apa tu tactical pen. Sebenarnya tok pun tak berapa paham. Tapi sebab nak pen yang lain dari yang sebelum sebelum ni, maka itu ajalah option yang tok tahu. Lepas buat sikit study...

NAHHHHHH..



Apa lagi, dah dapat model pen, nenek pun suruh lah pak long order online.

"Ada lebih duit tak dalam bank?"... tanya tok sama pak long.

"Ada sikit lagi bah.".. jawab pak long

Tok bukan tanya duit pak long, tok tanya duit yang nenek bank in untuk beli hadiah hari jadi tok. Maka mula la nak menambah.

TADAAAAA....


Pisau leher seramik. tok tak tau la nak buat apa.

Tuesday, June 10, 2014

Weekend Yang Agak Penat

Cuti sekolah, selalunya bukan lah boleh nak rehat sangat. Lepas satu aktiviti ke satu aktiviti. Aktiviti tok satu hal lah, campur lagi aktiviti budak budak, itu belum campur lagi layan aktiviti nenek. Tapi weekend hari tu memang agak penat jugak. Sampai sekarang sengal sengal badan. Apa nak buat, umur makin meningkat, kudrat makin lemah.

Mula mula dok melayan diorang ni pergi grading. Budget memang satu hari lah,


Tak sampai petang pun, dapat berita ada kematian di Sitiawan. Tenang ajalah, tok tak kejar sangat, tunggu habis grading bebudak ni dulu baru tok gerak. Kalau tak sempat tolong kebumi pun tak pa. Janji melawat. Masa unyang lelaki (al-fatihah) meninggal dulu pun tok tak sempat jugak tolong kebumi kan. Lepas grading, ambik mertua dia Bangsar, lepas tu balik rumah dulu ambik baju. kononnya nak bermalam di Sitiawan.

Lepas maghrib baru dapat gerak dari rumah tok. Alhamdulillah kereta tak banyak. Yang tok pulak, kalau ke Sitiawan, pastinya mesti cari Char Koew Teow.

"Char koew teow dulu??".. tanya tok sama nenek

Dengarnya pun sudah dikebumikan petang tadi, jadi tak ada lah nak rushing lagi. Akhirnya gedebuk gedebak campur makan CKT, jam 11.30 mlm jugak sampai ke rumah mertua. Sebenarnya yang meninggal adalah adir ipar mertua yang bersebelahan dengan rumah beliau.

Lepas habis berbasa basi, tok lepak lah di rumah mertua. GEDEBUSHHHH!!!.. tak ada air rupanya rumah ni. Tok dah agak dah tadi. Mertua dah lebih tiga bulan tak balik rumah. Tadi dah tanya nenek semua siap.

"api ada tak ??"

"ada".. jawab nenek

"air ada tak ??"

"ada".. jawab nenek lagi

Ada kebendernya, tok check, meter air hilang. tak tahu lah hilang sebab kena cilok atau bill tak bayar. Yang pastinya air tak ada. Waduh berlengas jugak malam tu, dengan perut meragam. Budak budak pun dah semacam. Nasib baik tok pesan bawak sleeping bag. Tok dah agak siang tadi, silap silap kita tidor masjid ni.

Akhirnya nenek setuju cari hotel. Esok pagi pagi datang le balik. Lagi pun nenek nampaknya macam dah puas sembang. Tok pulak dah puas tahan kincin dan tahan vara. Sekali lagi agakkan tok betul. Malam minggu (jam satu pagi waktu tu), dan waktu cuti sekolah, hotel ayam pun boleh penuh. Tak da satu bilik hotel pun yang kosong.

Apa lagi, mengayat terus balik rumah le. Budak budak memang ON aja dengan rancangan tok. Maknanya enam lawan satu. Nenek terpaksa setuju la. Maka pagi pagi tu jugak lah patah balik rumah. Nak kau.. rabak mata tok. Dalam kereta melelong tu alhamdulillah selamat sampai rumah jam 4.30 pagi. esoknya satu hari tidur.....


Thursday, June 5, 2014

Lata Celir

Adalah satu weekend tu tok ikut kawan kawan merangkap jiran jiran tok pergi ke Lata Celir. Kadang kadang tok konfius juga dengan nama tempat ni, kejap kata Lata Celir, kejap kata Kem Sangka. Kalau orang tanya kat mana tempat ni..

"kat raub!!".. itu ja lah jawapan yang tok boleh kasi.

Kalau nak suruh tunjuk jalan, memang tok tak ingat dah. perjalanan pergi dan balik tok tidor. tau tau sampai. Sedikit gambar untuk di kongsi.


tok wan spek hitam ni kalau google nama latar celir sebelum ni, muka dia memang ada dah.

gambar kawasan 

tempat memasak

tempat mandi (kalau malas nak mandi sungai) dan tempat ambil air sembahyang

tandas awam

surau

kondominium lima tingkat ni boleh muat 15 orang atau lebih

wakaf yang besar, kira macam dewan terbuka

kondominium lagi

air terjun lata celir

suasana dan ruang dalam kondominium


Thursday, May 15, 2014

Panglima Awang


 

Beli ja dulu, baca belum lagi. Buku ni di tulis oleh seorang sahabat yang dah lama tok tak hubungi. Dulu ada dengar beliau ada buat kajian tentang Panglima Awang ni. Plastik buku pun tok tak buka lagi, jadi tok tak berani nak komen apa apa dulu.

Wednesday, April 30, 2014

BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR


Pergh... tajuk topik kali ni macam best ja. Sebenarnya ia adalah betikan dari ayat Quran dari surah Saba' ayat ke 15. Bukan ayat penuh, cuma petikan sahaja. Yang ditafsirkan atau diterjemahkan lebih kurang;

"Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15)

apa pasal tok cerita pasal ni?

Sebenarnya hari ni pak lang pergi ke Pesta Buku di PWTC.

"abah nak kirim buku apa bagi tau lah".. kata pak ngah semalam. 

apa lagi tok bukak lah blog satu "brother" ni yang tok tahu penulis, tok tahu/kenal beliau cuma melalui blog beliau sahaja, dan dah lama tok nak beli buku beliau tapi tak berkesempatan.

 "abah, cuba call orang tu"... pak ngah whatsapp tok tadi.  

Tau la tok maknanya pak ngah tak jumpa jumpa buku yang tok suruh cari. Orang yang pak ngah maksud kan itu adalah penulis buku tersebut. Nak tak nak terpaksalah tok call penulis sendiri bertanyakan tentang booth beliau. Alhamdulillah, beliau seorang boleh tok katakan peramah dan tidak sombong.

"Tun Razak Hall, booth no 3008, 3009 and 3010".. tok balas whatsapp pak ngah.

Setelah dapat confirmation dari penulis sendiri, beliau ada 3 buku yang tok rasa harus tok beli.

1. Menanti Kibaran Bendera Agung
2. Hinduisme Agama Tauhid Terawal
3. Baldatun Thoiyyibatun

"dah jumpa semua".. whatsapp terakhir dari pak ngah



P/S: tok tak boleh komen lagi pasal buku buku ni, sebab tok belum baca lagi. Blog penulis; http://wwwfafiruilallah.blogspot.com
 

Cerita Harta Karun

Malas nak ulas panjang, macam macam dah cerita pasal harta karun ni. Yang ni seperti di laporkan oleh Sinar Harian.

Mungkin harta karun milik lanun -  15 April 2014
Perzim nafi kewujudan gua harta karun - 15 April 2014
Harta karun biasa dijaga makhluk halus - 19 April 2014
Harta karun milik Kesultanan Islam - 20 April 2014
Pintu ke bilik harta sudah ditemui - 24 April 2014
Menunggu saat masuk ke bilik harta - 30 April 2014



Friday, April 11, 2014

Gadget Bomoh

Baru baru ni tok tengok Samsung Galaxy Lima yang baru keluar tu, macam macam gadget tambahan yang di keluarkan sekali. Kalau kat iklan tu di letak kan lah sekali "Item Sold Seperately". Walaupun gambar nya macam beli phone dapat percuma gadget. Tapi tok jumpa juga ada website jual gadget, katanya nya gadget untuk bomoh. Siapa ada jual tikar terbang lagi.

Tok tak tahu lah gadget ni betul ke bomoh bomoh malaya ada pakai. Mungkin pakai kot, kalau tidak tak kan lah ada jual. Pada siapa yang berjinak jinak nak jadi bomoh, mungkin boleh lawat website ni.
http://www.bomohgadgets.sto.my/


Monday, March 17, 2014

Hal Semasa

Salam...

Lama rasanya tok tak buat posting di sini. Sepanjang masa itu lah maca maca perkara berlaku. Kebakaran merata rata, jerebu kuat, negeri kena catu air, kapalterbang hilang, tok bomoh muncul dan macam macam teori dan cerita keluar. Kali ni tok lebih mengambil jalan pandang, lihat dan dengar sahaja. Tak ada "mood" nak menambah nambah teori yang sedia ada. Tapi kalau esok lusa atau kejap kejap lagi terkeluar teori, apa nak buat, itu mungkin di luar kawalan.

Apa yang berlaku ini bagi tok adalah masanya kita diduga. Dimana kita harus berhati hari dalam percakapan dan berhati hari dalam segala hal. Kalau boleh kita jangan mendahului Allah SWT ibarat kita tukang tilik dan tukang ramal. Atau ibarat kita sudah tahu masa hadapan. Mungkin lah ada orang yang Allah beri kelebihan macam ni. Entah lah.. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Apa yang lebih menarik minat tok adalah peribahasa peribahasa baru tok belajar, macam;

"Aku tampar kamu macam buaya".. dan;

"Aku tendang kamu macam bola terus jadi sampah masyarakat"

Walaupun nenek gelak bila dengar peribahasa ni, tok pun gelak jugak sebenarnya, tapi rasanya mungkin ada maksud yang cuba di sampaikan melalui peribahasa baru ni. Yang pastinya mula mula tok konfius juga. Tampar macam buaya? Jarang sekali sekali tok dengar buaya menampar orang. Tapi kalau dimaksudkan orang yang menampar buaya, peribahasa ni macam tak sesuai. Tapi tak tahu lah, sebab tok bukan pakar bahasa. Ilmu yang Allah bagi pun tak banyak. Harap harap peribahasa ni boleh di bawak ketengah, sebab asal usulnya adalah stok lawak.

Dua tiga hari ni pun hujan dah start turun. Kawasan sekitar tok pun dah sejuk, jerebu dah tak nampak. Harap catuan air akan berhenti tak lama lagi. Dan kapalterbang hilang boleh jumpa balik. Dan harap moga kita sentiasa menjadi orang orang yang sabar.


Wednesday, January 8, 2014