Tuesday, February 26, 2013
Monday, February 25, 2013
Saturday, February 23, 2013
Guru Saya Wali
Pergh.. Baik punya statement yang tok dengar dari rakan se ofis tok. Tok jarang benor sembang dengan Haji Amzah ni. Tapi tak tahulah semalam Haji Amzah boleh jadi peramah dengan tok.
"kita manusia ni ada dua makam aja".. kata Haji Amzah
"yang saya tahu makam kuborr ja ji".. kata tok.
selalunya macam ni la tok. kena buat buat tak tahu, baru orang nak cerita macam macam dengan kita. kalau boleh buat macam budak tadika ja perangai. lagi syiok..
"makam pertama makam mengajar dan makan kedua makam bekerja".. terang Haji Amzah.
"haji duduk kat makam mana?".. tanya tok
"saya ni bekerja. mestilah duduk di makam bekerja. guru saya yang taraf wali tu duduk makam mengajar. kerja beliau mengajar sahaha. duit tak payah risau. sentiasa ada".. terang Haji Amzah panjang.
"guru saya tu. kalau dia nak pergi Mekah sekejap aja. tak sampai lima minit".. makin menjadi jadi Haji Amzah bercerita.
Waktu ni leher tok dah penat mengangguk. Pipi dah penat senyum senyum.
"Haji... Makam Kuali ada tak?".. soalan terakhir tok pada Haji Amzah..
Tok lari terus tanpa sempat dengar jawapan dari Haji Amzah.
Monday, February 18, 2013
Domam
Thursday, January 31, 2013
31.1.13
Tarikh hari ni, 31 Jan 2013. Saja nak menyusun date bagi nampak cantik. Tak ada apa yang menarik pun yang nak tok sentilkan hari ni. Cuma tok ni dah beberapa hari tak membakar tembakau dah. Setakat ini, Alhamdulillah berjaya. Memang kekuatan minda sangat di perlukan dalam hal. Cuma risau sub-concious mind, takut melatah ja masuk 7 eleven. Tapi InsyaAllah boleh rasanya. Tok Penghulu BBB, 24 jam boleh berhenti tak kan tok tak boleh. Abang kelawar pun katanya dah seminggu tak beli tembakau. Tapi tak tahu lah kalau dia tipu tok. Lagi pun dah memang tok cadang tahun ni stop, tinggal nak cuba aja. Sebelum sebelum ni memang tok tak cuba langsung.
Nenek pun malas nak nasihat. Sebab beliau tahu tok ni memang tak makan nasihat. Lagi di beri nasihat, lagi di buat.
Kali ini niat berhenti kerana Allah bukan sebab kesihatan diri sendiri atau kesihatan orang lain. Moga tok berjaya.
HAIYA 'ALAL FALAH....
P/s: welcome e cigerrete
Wednesday, January 30, 2013
What Is His Name?

Buku yang dah lama tok beli dan baca. Sampai dah lupa isi dalam. Di tulis oleh Ahmed Deedat (al fatihah untuk beliau). Tok cadang, korang cari dan bacalah. Tak tebal pun buku ni, dalam 46 mukasurat sahaja.
"WHAT IS HIS NAME?
At the end of my public talk on the subject - "MUHUMMED (p.b.u.h.) the Natural Successor to CHRIST (p.b.u.h.)" 1 at question time, a Christian Missionary posed the question: "What is His Name?" Meaning thereby as to the name of God. I stood up to answer. But before I opened my mouth, he spoke into the mike, provided for questioning, that he would answer his own question. I said, "You posed the question so the obligation is on me to reply to your question". He said, "Yes, but I will answer the question." (Laughter in the audience). He was actually begging for an opportunity to be heard. Where else on earth would he get such a large audience, and that at the Muslim's expense, to preach. I said, "Carry on!" (Give him enough rope to hang himself). After some rambling, he concluded that the name of God was "JESUS CHRIST!" "
Tuesday, January 29, 2013
Allah Berpantun
Tuesday, January 8, 2013
Monday, January 7, 2013
Tempat Ku Bukan Disini
Tersedar dari lena bila mengetahui tempat ku bukan disini. Kepala menjadi terlalu pening dan tidak boleh berfikir apa. Masalahnya.. memang tidak pernah ditunjukkan dimana tempatnya.. yang pasti bukan disini tempatnya.
Juga ditunjukkan bagaimana untuk kembali. Tapi.... terlalu sukar untuk mengingatkan caranya dan tahu pastikan gagal. Sebab itulah kepala menjadi pening dan hati menjadi gelisah. Apakah tempatnya itu? Masih lagi menjadi persoalan diri.
Tapi.. mengikut perangai yang diberiNya. Esok lusa lupa lah ia. Malas nak memikir.
Tahun 2013
Sabtu hari tu tok ada telefon sorang haji nak ambik buku. Boleh tahan jugak lah tebal bukunya.
"Dua ratus lima puluh ringgit".. kata haji
"Ji.. saya tengok dalam facebook dua ratus ringgit ja"... tok petik
"owh ya ka?.. saya tak ada facebook. dua ratus tu harga ahli".. jawab haji
"kalau macam tu.. saya nak harga ahli lah".. jawab tok