Friday, March 1, 2013

1313


Hari ni satu haribulan tiga tahun dua ribu tiga belas. Masih tada apa pun yang tok nak cerita. Sekarang ni tok sebok sikit. Tak tahu la, makin lama masa ni rasa makin singkat. Mungkin sebab umur ni makin meningkat atau umur dunia makin meningkat. Malas pulak nak godek cerita antara tanda tanda akhir zaman yang masa jadi semakin singkat.

Tok perasan, yang dalam blog tok ni ada cerita bersambung tak habis lagi. Antaranya cerita:

1. Melihat Balik Langsir
2. Syariat.Tarikat.Hakikat.Makrifat
3. Sedikit Kisah Unyang


Melihat Balik Langsir rasanya baru sampai Part 1. Tok tak terpikir pulak nak cerita sampai berapa. Bab ni serba sedikit pasal diri tok dari kecil. Sedikit sahaja yang benar, selebihnya tipu. Rasanya kalau rajin nanti tok akan sambung. Tapi setakat ni memang tak rajin sangat.
Melihat Balik Langsir - Part 1

Syariat.Tarikat.Hakikat.Makrifat baru sampai Part 3. Part 3 tu pun baru sampai cerita pasal tarikat. Cerita pasal hakikat dan makrifat tak habis lagi. Tok tahu, banyak pandai saras kat sana kata cerita tok ni tak betul. Betul la tu tak betul. Sebab tok cerita atas perspektif diri tok sendiri. Korang jangan la percaya sangat cerita tok ni. Sekadar cerita aja. Rasanya kalau tok teruskan, kurang kurang ada dua part lagi ni. Tapi rasanya lebih.
Syariat.Tarikat.Hakikat.Makrifat - Part 1
Syariat.Tarikat.Hakikat.Makrifat - Part 2
Syariat.Tarikat.Hakikat.Makrifat - Part 3

Sedikit Kisah Unyang ni rasanya tak kan habis sampai bila bila pun. Senang kata bila rindu kat arwah Unyang tok tulis la kot. Alfatihah untuk arwah Unyang satu kali.
Sedikit Kisah Unyang - Part 1
Sedikit Kisah Unyang - Part 2

No comments:

Post a Comment