Tuesday, August 28, 2012

MERDEKA


gambar bendera cilok tak tau kat mana

Rasanya tok tak pernah tulis lagi tajuk pasal MERDEKA ni. Sempena bulan yang di katakan bulan keMERDEKAan ni, maka tok ambik kesempatan untuk mencoret sikit.

Selama ni tok tak pernah ambik port pun pasal MERDEKA ni. Yang tok tahu tok dapat cuti percuma ja. Dari kecik dulu tok bab sejarah ni memang tak berapa nak pandai. Jadi sejarah keMERDEKAan Malaysia pun samalah tok tak pandai. Mana tak nya, belajar asyik nak suruh hapal tarikh ja mana tok nak minat. Tok ni jenis cepat ingat kalau lihat gambar gambar. Kalau tengok nombor nombor memang harus tok kelongkang.

Berbalik kepada cerita keMERDEKAan ni. Kalau tanya tok sambutan keMERDEKAan ini adalah tahun ke berapa? Harus jawapan tok keluar ke simpang. Rasanya tok ni boleh lah di katakan bukan nasionalis. Memang ya pun, tok mengaku yang tu. Orang lain naik bendera Malaysia depan rumah, tok naik bendera Kalimah. Tapi kalau dapat bendera Malaysia free tok pasanglah depan rumah, itu pun tanpa pengertian.

Bagi tok.. tok tak berapa sangat sambut keMERDEKAan negara Malaysia ni, sebab hati dan diri tok tak merdeka sepenuhnya. Tok tak tahu bila tok boleh sambut MERDEKA, entah boleh entah tidak.

Macam mana nak meMERDEKAkan diri, jikalau diri ini bukan kita yang punya.
Macam mana nak meMERDEKAkan hati jikalau hati ini bukan kita yang punya.

Apa yang tok boleh buat adalah buat buat seronok seronok MERDEKA aja. Itu pun tak berapa nak seronok. Dunia pinjam pinjaman, esok lusa tak tahu apa berlaku. Kalau nak sambut, sambutlah dengan cara sederhana dan cukup cukup syarat sahaja.

Walau apa pun tok nak mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA kepada mereka yang meraikannya.

Tuesday, August 21, 2012

Menjunjung Bere Hijau - Den Comando


Dari malam Syawal sehingga satu Syawal kerja tok tak ada lain. Baca buku senior "boi wing" tok ni. Memang menarik di baca, ianya tentang pengalaman beliau dalam tentera terutama sekali ketika menjadi komando. Tok jumpa banyak kesalahan ejaan, mungkin tidak di edit dengan baik. Tapi ianya tidak mencacatkan perjalanan cerita.

Buku ini boleh di beli online di blog beliau sendiri. "Komando Kodai Kopi (KKK)"

Facebook Pages


Cuti Syawal ni tok tak banyak sangat jalan jalan. Kebanyakkan masa tok adalah duduk di rumah. Sambil tu sempat jugak layan create Pages dalam facebook. Siapa yang minat nak lawat meh la ke "Facebook Pages" tok. Jangan lupa click butang LIKE.




Thursday, August 16, 2012

Syawal


Lepas tenggelam Ramadhan, timbullah pulak Syawal. Tahap kemalasan tok tetap sama. Tampal kad raya pun kad raya cilok. Cuma tok tambah letakkan gambar kura kura penguin kecik pakai topi lanun jer kat bawah belah kiri. Jadi tak tahu nak bagi kredit kat siapa. Tok ambik pun sebab pantun dia nampak macam menarik ja. Rasanya yang reka pantun tersebut sama ada nelayan atau kaki pancing.

Siapa free nak datang rumah tok meh la. Rasanya raya ke dua tok dah kembali ke rumah. Apa apa hal telefon lah dulu.

Thursday, August 2, 2012

Ramadhan


Ramadhan datang lagi. Sesudah ramadhan datang le pulak Syawal. Syawal maknanya Hari Raya kat budak budak. Opss.. cerita pasal ramadhan. Sebelum tu cerita sikit sebab apa lama tak menulis.

"Tak ada mood".. jawab tok dengan tenang

Macam biasa lah, mana mana blog pun kalau tajuk nya Ramadhan selalunya mesti nak mengucapkan salam Ramadhan campur nasihat nasihat sikit, macam,

1. jangan main mercun
2. moga bertemu lailatul qadar
3. dan macam macam lagi.

Tapi tok malas nak wish apa apa. YES!! M.A.L.A.S maksudnya lazy. Bulan ramadhan ni banyak topik boleh create dan di ceritakan. antaranya;

1. tentang lailatul qadar
2. apa maksud malam seribu bulan.
3. maksud puasa
4. syaitan kena ikat/penjara
5. dan macam macam lagi.

Tapi rasanya tok malas kot. YES!! M.A.L.A.S.

Entry kali ni patutnya bagi tajuk MALAS, dan bukan tajuk RAMADHAN.

P/S: apa apa hal pun gambar diatas memang tak ada kaitan dengan Ramadhan. Gambar pun tok curi dari blog mana tah. dah tak ingat dan MALAS nak ingat. SELAMAT BERMALAS MALASAN DIBULAN RAMADHAN.

Friday, July 6, 2012

Kelahiran


Dalam usia yang sepatutnya mengingati saat kematian. Tak sangka ramai pula yang mengingati hari kelahiran tok. Nenek dan anak anak awal awal lagi sudah mengingatkan tok. Tak sangka juga ada rakan rakan yang mendokan baik baik untuk tok. Nak ucapkan terima kasih kepada rakan rakan yang mengingati tarikh lahir tok dan mendoakan yang baik baik. Harap kalian jua baik baik belaka.

Bagi tok kalau mahu diraikan hari ni, orang paling layak adalah unyang perempuan. Hari dimana unyang bersusah payah melahirkan tok.

"waktu orang tengah sembahyang jumaat".. kata unyang dahulu.

kebetulan hari ini juga adalah hari jumaat. sayang sekali hari ini tak sempat bertemu unyang. InsyaAllah esok hari.

Sunday, June 17, 2012

Tak Ada Mood Nak Menulis


Selalunya tok tak ada idea nak menulis. Cari macam macam topik, masih tak ada idea jugak. Tapi kali ni tok bukan sahaja tak ada idea malahan di tambah lagi dengan tak ada mood nak menulis. Cerita syariat.tarikat.hakikat.makrifat masih lagi tak bersambung. Yang itu ada idea, tapi macam malas nak teruskan. Ingat time relaks relaks nanti tok teruskan la jugak. yang ni pun malas nak tulis lagi. stop dulu lah..

Friday, May 25, 2012

Allah ada di pepek perempuan


Ini cerita yang arwah unyang sampai dahulu pada tok. unyang ni lepas ja pencen cikgu dia suka berjalan jalan. jumpa orang sana jumpa orang sana. lepas tu picit sana picit sini. jolok sana jolok sini. cuma sarang tebuan je yang beliau tak jolok. ada satu hari tu unyang nak pergi buat "duplicate" kunci. dan selalunya port unyang ni di sungai buloh. maka beliau pun pergilah berjumpa lah satu tukang kunci di sana. sambil menunggu tu maka di jolok lah sikit tukang kunci tersebut.

"kalau dah jadi tukang kunci ni mestilah dah dapat kuncinya".. kata unyang

selalunya ayat ayat jolok ni bergantung pada pemahaman orang. kalau orang tak paham atau lurus bendul, jawapan nya pun biasa biasa lah.

"kalau nak tahu lebih lanjut tak boleh disini, kena cari tempat lain bercerita".. jawab si tukang kunci

kalau jawapan nya begini maknanya umpan unyang dah mengena lah. maka di tetapkan lah tarikh dan tempat. dan berjumpalah mereka berdua. rasanya di kedai kopi sahaja. sebenarnya tak ada kaitan pun nak jumpa dimana. kedai kopi boleh, kat rumah boleh, tepi sungai boleh, kat masjid pun boleh. sebenarnya tempat perjumpaan tu saja tok reka, sebab tok dah tak berapa ingat dah detail ceritanya.

maka mula lah mereka berkenal kenal, kebetulan pula umur pun hampir sebaya. maknanya boleh masuk ceritalah. ya la, kalau sorang budak muda sorang lagi umur dah pencen, kadang kadang susah juga nak bersembang. takut sorang cerita pasal motor sorang lagi cerita pasal joran.

kira sudah agak tahu level ilmu masing masing maka.. unyang pun bertanya..

"di mananya tempat Allah itu berada?"...

"Allah itu sebenarnya berada di pepek perempuan".. kata si tukang kunci..

tok tak pasti unyang terkejut atau tidak dengan statement ini. sebab lama sangat dah cerita ni. unyang pun dah meninggal kalau nak tanya balik.

"sebab apa pulak di pepek perempuan?"... tanya unyang..

"sebab dari pepek perempuan keluarnya manusia dan pastinya Allah berada di sana".. kata si tukang kunci.

p/s: sebenarnya tajuk ini ada lah tajuk salam perkenalan sebelum tok meneruskan sambungan tajuk "syariat.tarikat.hakikat.makrifat"

Wednesday, May 23, 2012

syariat.tarikat.hakikat.makrifat - part tiga



tarikat

selepas tingkatan syariat kita pergi ketingkatan tarikat pulak. tok rasa macam cikgu sekolah menengah pulak. baik lah murid murid.. mari kita buka buku ilmu hisab tambahan. lantaklah.. dah merepek.

selalunya orang bersyariat ada yang merasa ketidak puasan dalam bersyariat. ada bersembahyang cukup waktu dan melakukan perkara sunat dan jiwa mereka masih lagi kosong. mereka rasa macam ada kekurangan. dan bermula lah mereka mencari cari kekosongan tersebut. apa paling dekat mereka jumpai adalah ilmu tarikat.. kadang kadang dieja "tarekat".

bagi tok tarikat ini bukanlah satu ilmu yang dipelajari dimana tarikat itu sendiri bermaksud sebagai "jalan". jalan apa? yang pastinya bukan lah jalan raya atau jalan jalan. ia adalah jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah. itu lah maksud yang paling logik yang boleh tok pikir. mungkin ada maksud lain.

ada banyak group tarikat didunia ni dan dimalaya ni pun banyak. ada tarikat ahmadiah, tarikat naksyabandiah dan bagai bagai lagi dan yang pastinya group ayah pin dan group rasul melayu pak kahar tak dikira sebagai group tarikat. tiap tiap group tarikat pasti mengaku yang tarikat mereka pastinya bersanad sehingga Rasullullah. maksudnya lebih kurang begini la.. semua ilmu dan cara zikir diturunkan dari Rasullullah kepada sorang guru kesorang guru hinggalah sekarang.

tarikat ini lebih kepada berzikir sahaja. satu hari boleh makan beribu ribu. dan perkara ini haruslah di patuhi oleh anak anak murid. ditingkatan inilah kita akan biasa dengar.

  1. baiah
  2. tawajuh
  3. tawassul
  4. suluk
  5. nafi isbat

orang tarikat ini selalunya adalah pengamal syariat yang ketat. dimana jarang sekali sembahyang diabaikan dan sentiasa menunggu waktu. sembahyang sunat lagilah. selagi ada apa sahaja sembahyang sunat semua dibuat. masa ni la kadang kadang ada yang start bertanda hitam didahi. kononnya dahi sentiasa di sejadah. senang kata dari jauh orang dah nampak alim. tapi bukan semua ya.

masalah tarikat ni selalunya anak anak murid taksub sangat dengan tok guru. sampaikan ada yang sanggup makan sisa makanan guru.

"nak ambik berkat guru".. antara alasan yang pernah tok dengar.

itu belum lagi yang dok ngaku guru atau mursyid masing masing sebagai wali wali besar atau wali wali agung. bagi diorang guru tu tahap tinggi dah. jadi segala doa pasti sampai. sehinggakan ada yang masa berzikir diharuskan membayangkan wajah guru. ini mungkin bermaksud zikir zikir tersebut akan sampai pada Allah melalui guru yang lebih arif.

selalunya mereka ini akan mengaitkan diri mereka sebagai orang sufi. yang kerjanya hanya berzikir sahaja. ada tok pernah nampak dalam ofis pun berzikir. bukan apa, dalam satu hari tu banyak pengiraan zikir nak kena buat jadi takut tak sempat, buat lah waktu kerja. tapi yang ni pun bukan semua orang tarikat yang buat. kebanyakan orang orang syariat akan mengatakan pengikut pengikut tarikat adalah sesat. ini selalunya adalah tuduhan orang orang syariat yang tidak mengkaji atau pun hanya mengkaji separuh jalan.

senang kata siapa yang tak sanggup melalui disiplin yang tok sebut diatas tak perlulah layan tarikat. buang masa, tenaga dan wang. duduk sahaja di tingkatan satu syariat. dan siapa kata tingkatan tarikat ni sudah sesat cukup sahaja baca disini kerana tingkatan hakikat dan makrifat lagi jauh sesat.

bersambung..

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 21, 2012

syariat.tarikat.hakikat.makrifat - part dua


syariat


syariat ni selalunya adalah ilmu yang selingkar dalam permasslahan umum atau tutur atur bagi umat Islam. hal hal biasa umuat islam. selalunya dari kecik kecik orang melayu dah belajar. macam belajar:

1. ambil air sembayang
2. cara sembahyang fardhu
3. cara sembahyang sunat
4. isu halal haram
5. belajar mengaji dengan tajwid
6. yang basic basic budak budak belajar dari darjah satu sampai tingkatang lima tu.
7. isu dosa dan pahala.
8. isu syurga dan neraka.

sebenarnya banyak le lagi. tak lalu la pulak nak list kan. ilmu fardhu ain le kalau orang dulu dulu kata. orang syariat ni di sebabkan ilmunya hanya seputar seputar itu sahaja maka mereka ni suka sangat menjatuhkan hukum.

"eh.. jangan buat macam tu... harammm"..

contoh je kat atas tu.

"eh.. jangan buat cam tu.. dosaa"...

contoh lagi.

"eh.. hang rukuk tak betul tadi... batal sembahyang"..

contoh lagi.

dan mereka ni adalah selalunya cuba membetulkan segala masalah masalah yang di sebutkan di atas. dan jarang sekali mereka ini pula menjaga waktu sembahyang. sembahyang tu tetap sembahyang tetapi jarang sekali mereka mereka ini menunggu waktu. statement ni statement general ja. bukan untuk semua. yang sembahyang kat masjid tu of course la menunggu waktu.. kan.

dan kebanyakan mereka ni niat utama mereka adalah melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang (amar makruf nahi mungkar) adalah dengan niat untuk mengumpul pahala dan dengan harapan masuk syurga semata mata. baguslah, memang itu niat kebanyakan umat Islam pun. endingnya mahu masuk syurga. siapa lah yang mahu masuk neraka.. kan?

disebabkan itu mereka ni suka bebenar pergi syarahan agama di masjid dengan niat untuk menambah Ilmu. dan soalan soalan yang ditanya pun selalunya berkaitan hukam hakam lah. kalau tak percaya, cuba tanya ustaz azhar idrus.

"ustaz... kalau orang tu buat begitu begini.. dosa tak?"..

contoh je.

"ustaz.. kalau bangla tu berada dalam keadaan begitu begini.. lepas tu pergi sembelih ayam.. halal tak ayam tu?"..

contoh lagi.

"kalau langgar lampu traffic light merah waktu malam hari.. dosa tak?"..

contoh lagi.

begitulah selalu nya. dan golongan syariat yang taat memang selalunya rajin mengaji al-quran. sekurang kurangnya baca yassin pada malam jumaat. tapi golongan ni tak rajin baca tafsir, alasannya mudah.

"kita bukan ustaz nak mentafsir al quran"..

tapi sangat rajin membaca hadith tanpa suka mengkaji asal usulnya. kalau dalam facebook tu, yang jenis suka share tapi malas nak study.

cukup kot buat masa ni. cerita yang basic basic aja udah lah.

sambung..