Sebenarnya kita tidak boleh. Memandangkan setiap objek hanyalah satu himpunan persepsi dan persepsi-perspsi ini hanya wujud di dalam minda kita, lebih tepat untuk mengatakan satu-satunya dunia yang benar-benar wujud ialah dunia persepsi. Satu-satunya dunia yang kita tahu ialah dunia yang wujud di dalam minda kita: dunia yang dibentuk, dirakamkan dan dijadikan terang di sini; dunia yang dicipta di dalam minda kita. Hanya dunia ini yang kita pasti kewujudannya.
Kita tidak akan dapat membuktikan baahawa persepsi yang kita lihat di dalam otak kita mempunyai bahan-bahan yang berkaitan. Persepsi-persepsi ini mungkin datang daripada sumber-sumber "tiruan".
Hal ini dapat diperhatikan. Simulasi yang salah dapat menghasilkan di dalam otak kita sepenuhnya bayangan "dunia material". Sebagai contoh, mari kita fikirkan tentang sebuah alat rakaman yang dapat merakamkan segala isyarat elektrik. Pertama, kita hantarkan semua data-data yang berkaitan dengan sebuah latar (termasuk imej badan) ke alat ini dengan menukarkannya kepada isyarat-isyarat elektrik. Kedua, bayangkan kamu dapat pisahkan otak kamu daripada badan. Akhirnya, kita sambungkan alat perakam ini ke otak dengan elektrod yang berfungsi sebagai saraf dan menghantar data-data yang telah dirakam ke otak. Pada peringkat ini, kamu akan merasa seolah-olah kamu berada di sebuah latar tiruan. Misalnya, kamu akan mudah mempercayai bahawa kamu sedang memandu laju di lebuh raya. Adalah tidak mustahil untuk memahami bahawa kamu tidak memiliki apa-apa melainkan otak kamu sahaja. Ini adalah kerana apa yang diperlukan untuk mewujudkan sebuah dunia di dalam otak kamu bukanlah sebuah dunia yang sebenar, tetapi sebuah simulasi. Tidak mustahil simulasi-simulasi ini datangnya daripada sumber tiruan, seperti sebuah perakam.
Berkaitan dengan perkara ini, seorang ahli falsafah sains terulung, Bertrand Russell menulis;
Sentuhan yang kita rasa apabila menyentuh meja dengan jari-jemari adalah sebuah gangguan elektrik ke atas elektron dan proton di hujung jari kita, yang terbentuk, menurut ilmu fizik moden oleh keterhampiran elektron dan proton di dalam meja. Sekiranya gangguan yang sama muncul di hujung jari kita dengan cara lain, kita akan mengalami rasa yang sama, walaupun sebenarnya tidak ada meja.
Adalah amat mudah bagi kita untuk diperdaya di dalam persepsi pasif seperti benar tanpa sebarang material berkaitan. Kita sering mengalami perasaan ini di dalam mimpi-mimpi kita. Di dalam mimpi, kita mengalami peristiwa, melihat manusia, objek dan latar yang kelihatan seperti betul. Akan tetapi, ia tidak lebih daripada persepsi-persepsi .Tidak ada perbezaan asas di antara mimpi dan "dunia sebenar"; kedua-duanya berlaku di dalam otak.
No comments:
Post a Comment