Sekarang, mari kita kaji semula proses ini. Apabila kita menyatakan "saya melihat", kita sebenarnya melihat kesan utusan yang sampai ke mata kita dan merangsang otak kita setelah ia ditukarkan kepada isyarat elektrik. Oleh itu, apabila kita menyatakan "saya melihat", kita sebenarnya memandang kepada isyarat elektrik di dalam minda kita.
Semua imej yang kita lihat di dalam hidup kita terbentuk di dalam pusat penglihatan kita, yang terbentuk daripada beberapa sentimeter kubik daripada keluasan otak. Buku yang sedang kamu baca dan lanskap yang kamu lihat apabila kamu merenung ke arah horizon, termuat di dalam tempat kecil ini. Satu fakta yang perlu diletakkan di minda seperti yang disebut sebelum ini, iaitu otak terhindar daripada cahaya; di dalamnya sama sekali gelap. Otak tidak mempunyai sebarang hubungan langsung dengan cahaya.
Kita dapat menerangkan situasi ini dengan satu contoh. Kita andaikan terdapat sebatang lilin bernyala di hadapan kita. Kita boleh duduk berhadapan dngan lilin ini dan melihatnya. Bagaimana pun, sepanjang period ini, otak kita tidak pernah mempunyai sebarang hubungan terus dengan cahaya lilin tersebut. Walau pun kita melihat cahaya lilin itu, bahagian dalam otak kita adalah gelap. Kita melihat dunia yang berwarna-warni dan terang di dalam otak kita yang gelap.
R.L.Gregory memberikan penjelasan seperti berikut tentang aspek penglihatan yang menakjubkan ini:
Kita amat biasa dengan perbuatan melihat, sehinggakan ia memerlukan imaginasi yang tinggi untuk menyedari bahawa terdapat masalah yang perlu diselesaikan. Tetapi dengan menimbangkan perkara ini. Kita diberikan imej-imej kecil yang terbalik di dalam mata kita, dan kita melihat objek-objek pejal yang terpisah di kawasan sekeliling. Daripada corak-corak simulasi pada retina, kita menerima dunia objek-objek, dan ini merupakan satu keajaiban.
Situasi yang sama juga berlaku kepada semua pancaindera kita yang lain. Bunyi, sentuhan, rasa dan bau, semuanya telah ditukarkan ke otak sebagai isyarat elektrik dan di terima di pusat otak.
Deria pendengaran juga berlaku dengan cara yang sama. Telinga luar menangkap bunyi-bunyi dengan cuping telinga dan menhantarnya ke telinga tengah; telinga tengah memancarkan getaran bunyi kepada telinga dalam dengan menguatkannya; telinga dalam menghantar getaran ini ke otak dengan menukarnya ke isyarat elektrik. Seperti mata, perbuatan mendengar berakhir di pusat pendengaran di dalam otak. Otak tidak menerima bunyi seperti mana ia tidak menerima cahaya. Oleh itu, walau sebising mana pun di luar, di dalam otak adalah amat sunyi.
Namun begitu, walau bunyi yang sangat halus sekali pun dapat di terima di dalam otak. Dengan ketepatan seperti ini seorang yang sihat dapat mendengar segala-galanya tanpa sebarang bunyi gemersik atau gangguan. Di dalam otak kamu yang terpisah daripada bunyi, kamu mendengar simfoni sebuah orkestra, mendengar semua bunyi di dalam satu tempat yang sesak dan menerima semua bunyi-bunyian di dalam frekuensi yang luas, daripada bunyi gemersik sehelai daun sehingga desingan sebuah jet. Tetapi, sekiranya tahap bunyi di dalam otak kamu di sukat dengan sebuah alat penyukat yang sensitif pada waktu tersebut, akan didapati ia berada di dalam keadaan yang paling senyap.
Persepsi bau kita juga terbentuk dengan cara yang sama. Molekul-molekul yang mudah meruap terpancar oleh benda-benda seperti vanila atau sekuntum bunga mawar yang mencecah reseptor di dalam rerambut halus di kawasan epitelium hidung dan terlibat di dalam satu tindak balas. Tindak balas ini dihantar ke otak sebagai isyarat elektrik dan diterima sebagai bau. Semua yang kita hidu, yang wangi atau busuk, tidak lebih daripada penerimaan otak terhadap tindak balas molekul-molekul yang mudah meruap setelah ia ditukarkan menjadi isyarat elektrik. Kamu menerima haruman minyak wangi, sekuntum bunga mawar, makanan yang kamu minati, laut, atau bau-bauan lain yang kamu gemari atau tidak di dalam otak kamu. Molekul-molekul mereka sendiri sebenarnya tidak pernah mencecah otak. Seperti juga dengan cahaya dan bunyi, apa yang sampai ke otak kamu ialah isyarat-isyarat elektrik. Dengan kata lain, semua bau-bauan yang kamu sangkakan kepunyaan objek-objek luar sejak kamu dilahirkan sebenarnya hanyalah isyarat-syarat elektrik yang kamu rasai melalui organ-organ deria kamu.
Biasanya, terdapat empat jenis reseptor yang berbeza di bahagian lidah depan manusia. Ia mewakili rasa masin, manis, masam, dan pahit. Reseptor rasa kita menukarkan persepsi-persepsi ini kepada isyarat elektrik selepas melalui beberapa proses kimia dan menghantarnya ke otak. Isyarat-isyarat ini di terima sebagai rasa oleh otak. Rasa yang kamu dapati ketika memakan sebatang coklat atau buah-buahan yang kamu gemari adalah tafsiran isyarat-isyarat elektrik oleh otak. kamu tidak akan dapat mencapai objek luar, kamu tidak akan dapat melihat, menghidu atau merasa coklat itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya saraf rasa yang bersambung dengan otak kamu terputus, maka tidak satu pun yang kamu makan pada waktu itu akan sampai kepada otak kamu; kamu telah kehilangan deria rasa kamu.
Dan di sini satu fakta menarik: kita tidak dapat memastikan persamaan yang kita rasai ketika kita mencuba sejenis makanan dan apa yang orang lain rasa apabila mencuba jenis makanan yang sama, atau apa yang kita terima apabila kita mendengar suatu bunyi dan apa yang orang lain terima apabila dia mendengar bunyi yang sama. Lincoln Barnett menyatakan bahawa tidak seorang pun tahu bagaimana orang lain menerima warna merah atau mendengar not C seperti yang diterimanya.
Deria sentuhan kita juga tidak berbeza dengan deria-deria yang lain. Apabila kita menyentuh satu objek, semua maklumat -maklumat yang akan membantu kita untuk mengenal pasti dunia luar dan objek-objek telah dihantar ke otak oleh saraf deria di atas kulit. Rasa sentuhan terbentuk di otak kita. Bertentangan dengan kepercayaan umum, tempat di mana kita menerima kesan sentuhan bukannya di hujung jari atau kulit, tetapi kita menerimanya di dalam pusat sentuhan di dalam otak kita. Hasil daripada tafsiran terhadap simulasi elektrik yang datang daripada objek kepadanya, kita merasa sentuhan yang berbeza mewakili objek-objek ini seperti kekerasan atau kelembutan, atau kepanasan atau kesejukan. Kita memperoleh semua maklumat yang membantu kita untuk mengenal pasti sesuatu objek daripada simulasi-simulasi ini. Berkaitan dengan fakta ini, dua orang ahli falsafah yang terkenal, B. Russell dan L.Wittgeinstein telah memberikan pendapat mereka seperti berikut:
Sebagai contoh, samada sebiji lemon benar-benar wujud atau tidak dan bagaimana ia dapat wujud tidak dapat dipersoalkan dan dikaji. Sebiji lemon biasanya mengandungi satu rasa yang dikesan dengan lidah, sertu bau yang dikesan dengan hidung, satu warna dan bentuk yang dikesan oleh mata; dan hanya sifat-sifat ini sahajalah yang dijadikan subjek pengkajian dan pentafsiran. Sains tidak akan dapat mengetahui dunia fizik.
Adalah mustahil untuk kita mencapai dunia fizikal. Semua objek-objek di sekeliling kita adalah satu himpunan persepsi seperti melihat, mendengar, dan menyentuh. Dengan memproses data-data di pusat penglihatan dan di pusat-pusat deria yang lain, otak kita, sepanjang hidup, tidak pernah berhadapan dengan kewujudan "asal" yang berada di luar kita tetapi dengan salinan yang terbentuk di dalam otak kita. Pada peringkat inilah, kita tersalah anggap dengan menyangka bahawa salinan-salinan ini adalah benda-benda asal di luar kita.
No comments:
Post a Comment