Monday, February 11, 2008

Siapa Penerima

Seperti yang telah kita terangkan setakat ini, tidak dapat diragui kenyataan bahawa dunia yang kita sangkakan kita mendiaminya dan kita menggelarnya "dunia luar" telah dicipta di dalam otak kita. Tetapi di sini timbul beberapa persoalan penting: Sekiranya semua peristiwa-peristiwa fizikal yang kita ketahui adalah semata-mata persepsi, bagaimana pula dengan otak kita? Memandangkan otak kita juga adalah sebahagian daripada dunia fizikal seperti tangan, kaki, atau objek-objek lain, ia juga sepatutnya adalah sebuah persepsi, seperti objek-objek lain

Sebuah contoh tentang mimpi dapat menerangkan subjek ini dengan lebih jelas lagi. Mari kita anggapkan kita melihat mimpi di dalam otak kita berdasarkan apa yang telah kita perkatakan setakat ini. Di dalam mimpi kita akan memiliki badan khayalan, tangan khayalan, mata khayalan, dan otak khayalan. Sekira ketika bermimpi kita ditanya, "Di mana kamu melihat?", kita akan menjawab ,"Saya melihat di dalam otak". Tetapi, sebenarnya tidak ada otak untuk diperkatakan, tetapi hanya kepala dan otak khayalan, Yang melihat imej tersebut bukannya otak khayalan di dalam mimpi, tetapi satu "kewujudan" yang jauh lebih "tinggi".

Kita tahu bahawa di sana tidak ada perbezaan fizikal di antara latar sebuah mimpi dan latar yang kita namakan dunia sebenar. Oleh itu, apabila kita ditanya di latar yang kita gelar dunia sebenar soalan di atas, "Di mana kamu melihat", adalah tidak bererti sekiranya kita menjawab "Di dalam otak saya" seperti dalam contoh di atas. Di dalam kedua-dua keadaan (dunia sebenar dan mimpi), entiti yang melihat dan menerima bukannya otak, yang hanya merupakan selonggok daging.

Apabila otak dianalisis, nampaknya tidak ada pun di dalamnya melainkan molekul-molekul lipid dan protein, yang juga wujud di dalam organisma-organisma lain. Ini bererti di dalam secebis daging yang kita gelar "otak ", tidak ada sebarang benda untuk melihat imej, untuk membentuk kesedaran, atau untuk menjadikan kewujudan yang kita panggil "diri sendiri".

R.L. Gregory merujuk kepada kesilapan masyarakat lakukan berkaitan dengan persepsi imej di dalam otak:

Terdapat satu pandangan yang perlu dijauh, iaitu dengan mengatakan bahawa mata menghasilkan gambaran di dalam otak. Sebuah gambar di dalam otak memerlukan semacam mata dalaman untuk melihatnya -tetapi ini memerlukan satu mata tambahan lain pula untuk melihat gambarnya ……dan demikianlah berterusan kemunduran mata dan gambar. Ini semua adalah mustahil.

Keadaan inilah yang meletakkan para materialis yang tidak menerima perkara lain melainkan kebendaan sebagai benar, di dalam kebingungan. Kepunyaan siapakah "mata dalaman" yang melihat, yang menerima apa yang ia lihat dan bertindak balas?

Karl Pribram juga menumpukan kepada persoalan penting ini di dalam dunia sains dan falsafah tentang siapakah yang menerima:

Sejak zaman Greek, para ahli falsafah telah memikirkan tentang "hantu di dalam mesin", "manusia kecil di dalam manusia kecil'dan sebagainya. Di manakah "saya", orang yang menggunakan otaknya? Siapakah yang merealisasikan perbuatan mengetahui? seperti yang dinyatakan oleh Saint Francis dari Assisi*, kita mengkaji apa yang kita lihat.

*Assisi-nama sebuah bandar di Umbria, kawasan tengah itali, tempat kelahiran st Francis

Sekarang fikirkan: Buku di dalam tangan kamu, bilik di mana kamu berada, ringkasnya, semua imej di hadapan kamu dilihat di dalam otak kamu. Apakah atom-atom yang melihat imej-imej ini? Atom-atom yang buta, tuli dan mati? Mengapa sebahagian atom memperolehi kualiti-kualiti ini sementara yang lain tidak? Apakah perbuatan kita berfikir, memahami, mengingati, gembira, sedih, dan sebagainya mengandungi reaksi-reaksi elektrokimia di antara atom-atom ini?

Apabila kita memikirkan persoalan-persoalan ini, kita akan mendapati bahawa tidak ada deria dalam mencari kehendak di dalam atom. Jelas bahawa kewujudan yang melihat, mendengar, dan merasa adalah melampaui kewujudan kebendaan. Kewujudan ini "hidup"dan ia bukannya kebendaan atau imej kebendaan. Kewujudan ini bersekutu dengan persepsi di hadapannya dengan menggunakan imej badan kita.

Kewujudan ini adalah "roh"

Agregat persepsi-persepsi ini yang kita gelar "dunia material" adalah sebuah mimpi yang dialami oleh roh ini. Seperti badan yang kita miliki dan dunia material yang kita lihat di dalam mimpi kita adalah tidak benar, alam semesta yang kita diami dan tubuh badan yang kita miliki juga tidak mempunyai realiti material.

Kewujudan yang sebenar ialah roh. Kebendaan hanya mempunyai persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh. Kewujudan bijak yang menulis dan membaca barisan-barisan ini bukan hanya sebuah himpunan atom-atom dan molekul-molekul -dan reaksi kimia di antaranya -tetapi sebuah" roh".

sumber: http://harunyahya.com

No comments:

Post a Comment