Seseorang yang memakan sebiji buah, sebenarnya tidak berhadapan dengan buah tersebut tetapi dengan persepsinya di dalam otak. Objek yang dianggap sebagai "buah" oleh individu tersebut sebenarnya adalah teraan elektrik di dalam otak yang berkaitan bentuk rasa, bau, dan tekstur buah tersebut. Sekiranya, saraf rasa yang bersambung dengan otak diputuskan secara tiba-tiba, imej buah tersebut akan hilang secara mendadak. Atau berlaku pemutusan di dalam saraf yang menghubungkan deria di dalam hidung kepada otak, maka ia akan mengganggu deria bau. Ringkasnya, buah tersebut tidak lebih daripada tafsiran isyarat elektrik yang dilakukan oleh otak.
Satu lagi fakta yang perlu diambil kira iaitu deria jarak. Jarak, seperti jarak di antara kamu dengan buku ini, hanyalah satu perasaan kekosongan yang terbentuk di dalam otak kamu. Objek yang kelihatan berjarak pada pandangan seseorang juga wujud di dalam otak. Sebagai contoh, seorang yang melihat bintang-bintang di langit beranggapan bahawa ia terletak berjuta-juta tahun cahaya daripadanya. Tetapi, apa yang "dilihatnya" adalah bintang-bintang di dalam dirinya, di pusat penglihatannya. Apabila kamu membaca barisan ini, kamu sebenarnya tidak berada di dalam bilik seperti yang kamu jangkakan; tetapi, sebenarnya bilik tersebut berada di dalam kamu. Kamu melihat badan kamu dan menyangka kamu berada di dalamnya. Tetapi kamu perlu ingat bahawa badan kamu juga adalah sebuah imej yang terbentuk di di dalam otak kamu.
Perkara yang sama berlaku kepada semua persepsi kamu yang lain. Misalnya, apabila kamu fikir kamu mendengar bunyi televisyen di bilik sebelah, kamu sebenarnya mengalami bunyi tersebut di dalam otak kamu. Kamu boleh samada membuktikan bahawa terdapatnya sebuah bilik lain di sebelah kamu, atau membuktikan bahawa bunyi tersebut datang dari televisyen di bilik itu. Bunyi yang kamu sangka datang beberapa meter daripada kamu dan perbualan seseorang yang hampir dengan kamu telah diterima di dalam pusat pendengaran yang hanya beberapa sentimeter persegi di dalam otak kamu. Di antara ciri pusat persepsi ini ialah tidak terdapat konsep kanan, kiri, depan atau belakang. Ini bererti bunyi tidak datang kepada kamu dari kanan, kiri, atau dari udara; tidak terdapat arah datangnya bunyi.
Bau yang kamu terima juga seperti itu; tetapi, seperti imej sekuntum bunga ros di dalam pusat penglihatan kamu, begitu juga bau bunga ros ini di dalam pusat bau kamu: tidak ada bunga ros atau bau yang mewakilinya di luar
"Dunia luar" yang disampaikan kepada kita oleh persepsi kita sebenarnya adalah himpunan isyarat-isyarat elektrik yang sampai ke otak kita. Di dalam hidup kita, isyarat-isyarat ini diproses oleh otak kita dan kita hidup tanpa menyedari bahawa kita telah tersalah apabila menganggap bahawa itu semua adalah visi-visi asal benda yang wujud di dalam "dunia luar". Kita tersalah anggap kerana kita tidak dapat mencapai kebendaan itu sendiri melalui deria-deria kita.
Bahkan, otak kita sebenarnya yang mentafsirkan dan memberikan makna kepada isyarat-isyarat yang kita anggap sebagai "dunia luar". Sebagai contoh, mari kita perhatikan deria pendengaran. Sebenarnya, otak kamu yang mengubah gelombang bunyi di "dunia luar" ini kepada satu simfoni. Dengan kata lain, muzik juga adalah satu persepi yang dicipta oleh otak. Dengan cara yang sama juga, kita melihat warna, apa yang tiba ke mata kita adalah isyarat elektrik daripada jarak-jarak gelombang yang berbeza. Sekali lagi otak kamu yang menukarkannya kepada warna. Tidak ada sebarang warna di dalam "dunia luar". Samada ada epal merah atau langit biru atau pokok hijau. Semuanya berada seperti itu kerana kita menerimanya untuk menjadi sebegitu. "Dunia luar" bergantung sepenuhnya kepada penerima.
Sedikit kerosakan kecil pada retina mata boleh menyebabkan rabun warna. Setengah orang menerima warna biru sebagai hijau, merah sebagai biru, dan beberapa warna lain sebagai tona-tona kelabu yang berbeza. Pada peringkat ini adalah tidak penting samada objek di luar berwarna atau pun tidak.
Seorang pemikir terkenal,
Pada mulanya, dipercayai bahawa warna, bau, dan sebagainya adalah"benar-benar wujud", tetapi kemudiannya pandangan ini telah ditolak, dan didapati bahawa ia hanya wujud bergantung kepada pancaindera-pancaindera kita.
Kesimpulannya, kita melihat satu objek berwarna bukan kerana ia mempunyai warna atau kerana ia mempunyai bahan sokongan kewujudan di luar kita. Benda yang sebenar ialah segala kualiti yang kita gambarkan kepada objek-objek sebenarnya berada di dalam diri kita dan bukannya di "dunia luar".
Oleh itu, apa yang tinggal pada"dunia luar"?
No comments:
Post a Comment