Monday, February 11, 2008

Kewujudan Yang Sebenar

Semua fakta-fakta ini telah membawa kita untuk berhadapan dengan sebuah persoalan yang amat penting. Sekiranya semua benda yang kita ketahui sebagai dunia material terdiri daripada persepsi-persepsi yang dilihat oleh roh kita, oleh itu, apakah sumber persepsi-persepsi ini?

Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu mengambil kira fakta berikut: Benda tidak mempunyai sebuah kawalan -kewujudan-sendiri oleh dirinya sendiri. Memandangkan benda ini adalah satu persepsi, oleh itu ia adalah sesuatu yang "tiruan". Iaitu, persepsi-persepsi ini tentunya telah di sebabkan oleh kuasa lain,dengan kata lain ia pasti telah dijadikan. Tambahan pula penciptaan ini berterusan. Sekiranya tidak ada penciptaan yang berterusan dan konsisten, maka apa yang kita gelar kebendaan ini akan hilang dan lenyap. Ia seperti sebuah televisyen yang gambarnya terus dimainkan selagi isyaratnya terus dipancarkan. Jadi, siapakah yang membuatkan roh kita melihat bintang-bintang, bumi, tumbuh-tumbuhan, manusia, tubuh kita dan semua yang kita lihat?.

Ini membuktikan dengan jelas kewujudan sang Pencipta yang Agung, yang telah menjadikan seluruh alam material, iaitu, sejumlah persepsi-persepsi, dan yang meneruskan penciptaan-Nya tanpa henti. Memandangkan Pencipta ini menunjukkan satu penciptaan yang menakjubkan, tentunya Dia mempunyai kekuasaan dan kekuatan yang maha hebat.

Dia telah menurunkan sebuah kitab dan melalui kitab ini Dia telah menceritakan Dirinya, alam semesta ini dan tujuan kewujudan kita.

Pencipta ini ialah Allah ,dan kitab tersebut ialah Al-Qur'an.

Kenyataan bahawa langit dan bumi ini, iaitu alam semesta ini adalah tidak stabil, bahawa kehadiran mereka ini adalah kerana penciptaan Allah dan mereka akan hilang apabila Dia menghentikan penciptaan-Nya, segalanya telah dijelaskan di dalam ayat berikut:

Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia maha penyabar, lagi maha pengampun. (Surah Fathir:41)

Seperti yang telah kita sebutkan sejak awal lagi, sebahagian manusia tidak mempunyai pemahaman yang tepat tentang Allah dan mereka membayangkan seolah-olah Allah itu berada di atas langit dan tidak campur tangan di dalam urusan-urusan keduniaan. Asas anggapan ini adalah berdasarkan kepercayaan bahawa alam semesta ini adalah sebuah himpunan kebendaan dan Allah berada "di luar" daripada dunia material ini, berada di sebuah tempat yang jauh. Di dalam beberapa agama yang menyeleweng, kepercayaan terhadap Allah adalah terhad kepada pemahaman ini.

Bagaimanapun, seperti yang telah kita bincangkan setakat ini, kebendaan hanya terdiri daripada sensasi-sensasi. Dan satu-satunya kewujudan yang sebenar ialah Allah. Ini bererti hanya Allah sahaja yang wujud: Segalanya kecuali Dia adalah kewujudan bayangan. Oleh itu, adalah mustahil untuk membayangkan Allah sebagai satu kewujudan yang keseluruhannya berbeza daripada jisim kebendaan. Semestinya Allah berada "di mana-mana"dan melingkungi semua. Realiti ini telah dijelaskan di dalam Al-Qur'an seperti berikut:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Tetap hidup, yang Kekal Selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaaan-Nya). (Surah al-Baqarah: 225)

Kenyataan bahawa Allah tidak tersekat dengan ruang dan bahawa Dia merangkumi segala-galanya telah dinyatakan di dalam ayat lain seperti berikut:

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk menghadap Allah ) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah maha luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya ), lagi sentiasa mengetahui. (surah al-Baqarah:115)

Memandangkan kewujudan kebendaan hanyalah sebuah persepsi, maka mereka tidak dapat melihat Allah; tetapi Allah dapat melihat benda yang telah diciptakanNya di dalam apa juga bentuk. Di dalam Al-Qur'an, fakta ini telah dijelaskan seperti berikut:

Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata). (surah al-An'aam:103)

Oleh itu, kita tidak dapat menerima kewujudan Allah dengan mata kita, tetapi Allah meliputi dalaman kita, luaran, penglihatan dan pemikiran. Kita tidak dapat melafazkan sepatah perkaataan tanpa pengetahuan-Nya, begitu juga apabila kita menarik nafas.

Apabila kita menyaksikan persepsi-persepsi deria di dalam kehidupan kita, kewujudan yang paling hampir dengan kita bukannya deria-deria ini, tetapi adalah Allah. Rahsia ayat berikutnya di dalam Al-Qur'an menerangkan realiti ini:

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaff: 16)

Apabila seseorang menyangka bahawa badannya dibina daripada "benda", dia tidak dapat memahami hakikat penting ini. Sekiranya dia mengambil otaknya sebagai "dirinya", maka kawasan luar yang dianggarkanya adalah 20-30 cm daripada dirinya. Tetapi apabila dia menerima bahawa tiada apa-apa pada kebendaan, dan semuanya adalah khayalan, maka konsep luar, dalam, atau dekat, telah kehilangan maknanya. Allah telah melingkunginya dan Dia "sangat hampir" kepada mereka.

Allah memaklumkan kepada manusia bahwa Dia adalah "sangat hampir" kepada mereka di dalam ayatnya berikut:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka). (surah al-Baqarah:186)

Ayat lain juga menerangkan fakta yang sama seperti berikut:

Dan (ingatlah) ketika kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya). (surah al-Israa:60)

Manusia tersalah apabila menyangkakan bahawa kewujudan yang paling hampir dengannya ialah dirinya. Sebenarnya Allah, Allah lebih hampir kepada kita lebih daripada diri kita sendiri. Allah menjelaskan fakta ini di dalam ayat-Nya:

Maka mengapa ketika nyawa samapai kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada kamu, tetapi kamu tidak melihat. (surah Al-Waqi'ah:83-85)

Seperti yang dijelaskan di dalam ayat di atas, manusia tidak menyedari fenomena ini kerana mereka tidak melihatnya sendiri.

sumber: http://harunyahya.com

No comments:

Post a Comment