Monday, January 26, 2009

Pulau Besar - Pendapat Peribadi - II

Perjalanan kekanan arah pulau dari jeti, adalah lebih bersifat santai dan sunyi. Dimana kami tidak jumpa seorang manusia pun. Setelah lebih tiga jam berjalan ala ala santai, kami mula jumpa orang sedikit demi sedikit. Dan orang orang yang dijumpai tetap India bukan Muslim. Kenapa tok boleh menuduh begini? Mari datang dan lihat sendiri.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila tok dan rakan mula sampai ke Makam 7 Beradik. Disana ada dihidangkan makan tengah hari kari kambing (rasanya kambing nazar). Disini rasa macam berada di Batu Cave atau Di Culcutta. Teruk dan sangat teruk, beribu ribu orang, semuanya India (tidak kira muslim atau tidak, tapi yang pastinya ramai yang bukan Muslim). Melayu hanya boleh dikira dengan jari sahaja. Malaham tok diperhatikan oleh mereka seperti memerhatikan orang yang sesat masuk kekampung India. Memang tidak selesa.

Disebabkan keadaan sebegini, tok langsung tidak hirau untuk melawat makam atau tempat sejarah. Satu makam pun tok tak singgah. Mana tok nak singgah, merata rata bau colok dan setangi. Apa cerita tentang keramat? Ini ke yang dikatakan keramat? Kalau beginilah, tok tak mau join le kalau orang cerita hal hal keramat lagi. Hampeh...

Dan tok nekad, ini lah kali pertama dan terakhir datang ke Pulau ini.

Dari segi mistiknya, dah tak ada pun, ikut logik, hantu, setan, jin bukan islam ramai le kat sini. Mungkin inilah yang depa katakan keramat. Yang pastinya, bunian pun tak mau duduk sini. Kalau tak percaya, datanglah bertandang ke Pulau Besar.

Ulasan:
1. Kalau siapa rasa tak sempat pergi Batu Cave, boleh lah datang ke Pulau Besar.
2. Kalau siapa nak jumpa Pak Itam buat kenduri, kat sini memang ramai. Beribu umat.
3. Panglima Hitam memang banyak disini.
4. Kalau Sheikh Ismail masih hidup, semua orang kat sini mesti kena pelempang,dengan beliau , termasuklah tok. (kata kata master-c-fu)
5. Kalau siapa tak pernah tengok colok atau setangi, mai datang sini.
6. Kalau siapa rasa damai dan tenang duduk di Pulau Besar, tok yakin anda juga akan rasa damai kalau duduk di estet.
7. Pulau Keramat sudah tiada, yang tinggal Pulau Khurafat.
8. Memancing.. Hampeh..

P/s: mintak maaf rakan rakan pengunjung tetap Pulau Besar. Ini adalah catatan peribadi. Tok yakin kamu mesti ada sebab tersendiri untuk kesana. tapi tok, tidak mungkin ke sana lagi. cukuplah, ini yang pertama dan terakhir.

Pulau Besar - Pendapat Peribadi - I

Setelah pernah merancang

http://ketualanun.blogspot.com/2008/12/cadangan-ke-pulau-besar.html

dan pernah membatalkan perancangan

http://ketualanun.blogspot.com/2008/12/projek-kensel.html

Akhirnya tok diundang juga ke Pulau Besar. Perancangan asal adalah untuk tidur dua malam di Pulau Besar, tetapi atas sebab tertentu tok hanya tidur semalam sahaja dan semalam lagi di Masjid Kampung Hulu (malam pertama).

Sebelum pergi tok sempat juga mencari data data serba sedikit tentang Pulau ini. Apa yang biasa didengar adalah kehebatan Pulau ini dari segi kekeramatan dan kesucian nya. Jadi pemergian kali pertama ini adalah sekadar untuk mempastikan kebenaran cerita.

Perjalanan bermula dengan menaiki feri di Anjung Batu, Melaka. Dengan perjalanan selama 10 minit maka tok pun sampai dengan selamatnya. Ketika sampai di jeti, tok dan kawan to berehat sebentar di jeti untuk mengambik angin sementara kawan tok sempat mengikat matakail kejoran pancing. Sementara menunggu beliau puas memancing, tok melihat feri dari Anjung Batu mula sampai satu persatu.



Ketika ini lah bermulanya episod yang mengejutkan. Feri feri yang sampai dipenuhi oleh India yang bukan Muslim. Boleh katakan semuanya ber "nandek", dengan pakaian sari nya, dengan seluar bell bottom ketat dipeha besar dibetis dan lagak ala ala samseng kampung, malahan ada juga yang berseluar pendek ala ala santai. Boleh dikatakan mengikut statistik, hanya ada satu orang melayu dalam 300 orang India bukan Muslim (lihat gambar sebagai sample). Ini sungguh mengejutkan, dan tidak seperti cerita cerita yang tok pernah dengar sebelum ini. Kalau tak caya cuba tanya Lebai Google. Semua orang cerita pasal keramat la, wali lah dan bagai bagai bagai yang indah.

Perjalanan mengelilingi pulau adalah melawan arus, dimana kami mulakan dengan langkah kebelah kanan pulau.

sambungan...

Monday, January 19, 2009

Iklan Hantu

Lama tak menulis, idea pun bukan nak ada sangat. Jadi sementara waktu tok nak letakkan iklan dulu lah.

Thursday, January 8, 2009

Boycott Israel

Senarainya panjang lagi. Cuba lah tanya tanya lagi kat Lebai Google. Tapi yang menjadi persoalan... blogspot.com ni siapa punya ya?

Wednesday, January 7, 2009

Cerita Bunian Lagi - Part 3

tok rasa macam malas jer nak sambung cerita ni. jadi tamat kan sahaja lah cerita.

sekian sahaja .. TAMMAT...

nota peribadi: suka suka hati je nak buat cerita tergantung. walau apa pun cerita ni tetap cerita mengarut dan Fantasy Island.. The Plane!! The Plane!!.

Cerita Bunian Lagi - Part 2

Setelah sampai ke gigi pulau, kami cuba mengintai apa yang terdapat didalam pulau tersebut. Pulau tersebut dikelilingi oleh pokok kelapa sawit yang rendah dan rapat rapat. Jadi sangat susah untuk melihat apa yang ada didalamnya. Yang pasti kawasan tersebut sangat bersih, dialamnya redup, tiada daun atau rumput diatas tanahnya seperti disapu, dan ada tali air yang bersih didalamnya. Tok ada keinginan untuk masuk kedalam kawasan pulau tersebut, tetapi seperti ada suara pula yang berkata "jangan". Kawan tok pula berada jauh dibelakang, seperti takut untuk hampir.

Setelah puas mengintai, dan tidak nampak bayang bayang ayam hutan sedikit pun, maka kami pun beredar. Tiada apa apa perkara yang pelik pun berlaku selepas itu. Cuma selepas beberapa hari berlalu, tok telah dihubungi oleh dua kumpulan dalam hari yang yang sama. Satu kumpulan nampaknya seperti pembesar pembesar yang mempunyai ramai pengawal dan satu kumpulan lagi ada lah sedikit kecil yang mewakili seorang perawat. Walaupun mereka datang pada waktu yang berbeza, tetapi mereka mempunyai hajat yang sama iaitu untuk berkenal kenal.

Yang tok nampak serious adalah kumpulan perawat. Mereka beria ia untuk berkenal kenal, tetapi mereka juga mempunyai calun yang lagi satu jikalau tok tidak sudi berkawan. Tok agak, mungkin calun yang lagi satu tersebut adalah kawan tok yang sorang lagi. Tapi tok masih belum bagi keputusan lagi, bagi tok kalau ikhlas untuk berkenal kenal, biar lah datang secara zahir. Walau apa pun tuk masih tunggu dan lihat shj.

sambung...

nota kaki: jangan percaya la.. sekadar cerita khayalan shj...

Tuesday, January 6, 2009

Cerita Bunian Lagi - Part 1

Beberapa minggu yang lepas, tok dan seorang lagi kawan tok ada masuk ke suatu kawasan untuk menangkap ayam hutan. Tapi kebetulan hari tersebut kami telah hampir memasuki satu kawasan yang tidak pernah orang masuki. Kawasan ini telah lama kami perhatikan, kerana setiap kali kami pergi mengejar ayam, kawasan ini lah yang menjadi tempat persembunyian mereka. Bagaimana kami tahu kawasan ini tidak pernah dimasuki orang?

Kawasan ini dikelilingi oleh paya yang berumput. Dan tiada kesan kesan lalang dipijak orang. Ia seperti sebuah pulau ditengah tengah paya. Dan pulau tersebut dipenuhi oleh pokok kelapa sawit yang sendat dan tidak berjaga. Malahan ada pokok kelapa sawit yang sudah mengalahkan tinggi pokok kelapa. Oleh kerana syak atau wasangka terlalu besar terhadap kawasan ini, kami pun gagahkan diri untuk menempuh kawasan berpaya tersebut. Selut, usah nak kata lah, walau pun sudah berapa hari tidak hujan diketika itu. Risau juga tentang ular sawa dan biawak. Tapi apa nak kata, dah minat masuk hutan. Tak ada hutan, ladang pun jadi.

Gerak hati tok sudah lama berkata tentang kawasan pulau ini. Tok tahu, selain daripada tempat menyoroknya ayam ayam hutan, ia juga adalah tempat tinggal makhluk yang lain. Setelah bersusah payah, akhirnya kami sampai juga dipinggir pulau.

bersambung.....

catatan kaki: jangan lah percaya sangat. karut jer..

Monday, January 5, 2009

Tok Uban

Mungkin ramai yang biasa dengar seseorang dengan nama gelaran Tok Uban. Tok pun dulu dulu bukan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa dia Tok Uban, walaupun biasa dengar nama tersebut. Tapi bila dah banyak sangat forum yang membincangkan tentang perihal Tok Uban ini, maka tok pun tertanya tanya siapa dia Tok Uban. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut, tok ada lah buka satu topik di forum cari untuk mengetahui lebih lanjut tentang Tok Uban. Apa yang tok berminat adalah untuk mengetahui tentang cerita cerita tersiratnya mungkin juga boleh dikatakan cerita cerita mistiknya. Tapi buat masa ini, tok belum jumpa lagi cerita sebenarnya, dengan kata lain, tok masih lagi jahil tentang cerita tersirat tentang Tok Uban ini.

Tapi sebenarnya disini adalah tok nak bercerita tentang uban tok ni yang makin hari makin banyak. Tok pun heran lah, kenapa tiba tiba naik jer. Nak kata tua, tak la tua lagi, tapi tok ni tak lah muda lagi. Walau apa pun, tok ni tetap mengarut, langsung tak da idea nak tulis apa. Asyik mengarut sahaja. Peace!!!

Sunday, January 4, 2009

Nenek Kebayan



Masa tok terlalu kecil dulu, tok selalu ditakut takutkan oleh opah tok tentang adanya seorang nenek kebayan yang tinggal dipinggir kampung bersaorangan. Nenek kebayan ini kononnya suka menangkap budak budak dan membawanya balik kerumah. Lebih sadis lagi diceritakan bahawa nenek kebayan ini suka memotong telinga budak untuk dibuat ubat ubatan.

Ada sekali sekala tok terserempak dengan orang tua yang dipanggil nenek kebayan ini. Wajah nya memang mengerikan, dengan keadaan beliau yang bongkok dan bertongkat kayu, rambut yang panjang dan menggerbang seperti tidak pernah bersikat, serta gigi merah akibat makan sireh.

Yang tak seronoknya ialah nenek kebayan ini suka sangat bertandang ke rumah opah tok, terutama bila mahu mengambil bekalan daun sireh. Selalunya bila beliau datang, tok pastinya menyorok di dalam rumah opah. Sekarang ni tok ada juga terpikir, kalau beliau betul nenek kebayan, kenapa beliau tidak tanam sendiri pokok sireh. Bukankah nenek kebayan terkenal dengan kepandaian mengubat menggunakan tumbuhan semualajadi. Tanam sendirilah pokok tu nek... takdalah tok nak takut keluar rumah masa kecik dulu...

Thursday, January 1, 2009

Bersendiri

Entah kenapa perasaan melonjak lonjak untuk mengasingkan diri atau bertapa. Sebenarnya tok bukan ahli pertapaan atau apa sahaja yang seangkatan dengannya. Cuma tok rasa tok perlu keluar seketika dari dunia yang serba moden ini. Tok perlukan masa untuk melakukakan muhasabah diri, melihat kepada diri sendiri, melihat kepada kejadian kejadian dan ciptaan Allah S.W.T. Mungkin ini bukanlah cara kebiasaan manusia lain dan juga bukanlah satu kebiasaan pada diri tok. Tapi tok rasa macam perlu tok laksanakan.

Tok perlukan masa bersendirian, tidak kiralah didalam hutan tepi hutan apa sahaja, yang penting bersendirian. Dan kalau boleh tidak mahu mengganggu jemaah jika dilakukan di dalam masjid atau surau.

Ini cuma luahan hati tok. Agak agak ada tak rakan rakan lain yang berperasaan seperti tok?