Saturday, February 27, 2010

Beli Basikal - Part 2




RM 11,320 + RM 2,130 = RM 13,450 Basikal tak siap lagi. tengah tunggu beberapa barang yang belum sampai termasuk lah frame nya. Cadangnya nak beli barang asing asing dan pasang sendiri untuk timba pengalaman memasang basikal. Wak Labeb cadang biar lah kedai basikal yang pasangkan kerana barang yang beli bukan murah murah. Takut tok silap pasang dan boleh mendatangkan kemudaratan terhadap tok dan juga basikal.

Yang pastinya:

1. Frame Titanum (Litespeed Pisgah)
2. Groupset dan Wheelset XT.
3. Headset Chris King
4. Stem Thomson
5. Handle bar Ritchey Carbon
6. Tayar Kenda Nevegal 1.95
7. Fork Roxshox SID Race
8. Seatpost Thomson
9. Saddle Velo
10. Cable Jagwire White (Hidrobrake and Gear)
11. Paddle Crank Brothers Egg Beater

Tak cukup duit nak beli:

1. Helmet
2. Kasut
3. Glove


Hikayat Sang Kancil dan Monyet

Saturday, February 20, 2010

Histeria Di Sekolah Pak Long - Kesimpulan - Finale

Diketika itu datang seorang lelaki seakan melayu yang agak tinggi dan tegap berdiri diantara tok dan perempuan India tersebut. dan tok tahu tujuan beliau memang untuk menghalan pandangan tok darpada melihat perempuan tersebut. Yang pastinya tinggi beliau adalah 1.5 kali lebih tinggi daipada tok dan beliau tidak seperti manusia lain, dan beliau dapat melihat perempuan tersebut...

Rupanya lelaki ini juga termasuk di dalam golongan mereka dan beliau seperti tidak benar kan tok berkata kata dengan wanita tersebut. Apa apa hal pun lelaki ini tidak sepatah pun mengeluarkan suara. Beliau cuma menghalang pandangan tok terhadap wanita hindu tersebut. Tok memberi tahu mereka supaya tidak lagi mengganggu budak budak tersebut.

Akhirnya tok kembali dan perkara itu habis begitu sahaja. Tok berdoa kehadrat Allah SWT supaya perkara ini tidak lagi berterusan selama lamanya. Tetapi selepas perjumpaan tok.. perkara ini masih lagi berterusan selama beberapa hari.

Oleh kerana itu tok ada sedikit membuat kekacauan di kawasan mereka sebagai tanda amaran. Akhirnya perkara itu hilang begitu sahaja. Sehingga hari ini. Kalau ada pun tidak lah lagi kritikal seperti dahulu. Tok tahu, ramai juga yang berusaha untuk menutralkan keadaan di sekolah tersebut. Tak kira lah usaha siapa pun, yang penting sudah kurang gangguan di sekolah Pak Long.

TAMMAT..

Friday, February 19, 2010

Beli Basikal - Part 1


Semalam nenek bagi tok duit sekepuk. Katanya buat beli basikal. "Itu yang cash.. nanti ada balance lagi nenek online kan dalam bank tok"... nenek cakap dengan selamba. Pergh.. ada tambahan lagi rupanya.. "Tok dah lama tak kayuh, perut pun dah buncit".. katanya. "Terima kasih nenek".. hanya itu aja yang mampu tok kata. Tok janji akan beli basikal dengan duit sekepuk tu dan tak gunakan untuk melencung.

Kepala otak tok dah mula ligat. Basikal apa lah yang nak beli kali ni ya. BMX? basikal Chopper?

Jadual Outstation Bulan March 2010

01 Mar 10 - 04 Mar 10 - Seberang Jaya, Bayan Baru, KOMTAR, Kulim Hightech
15 Mar 10 - 17 Mar 10 - Segamat, Skudai, Masai Lama, Gelang Patah, JB
29 Mar 10 - 30 Mar 10 - Mersing, Kuantan, Cherating


Monday, February 15, 2010

Histeria Di Sekolah Pak Long - Kesimpulan - Part 1

Pada malam hari pertama yang Pak Long bercerita mengenai kes Histeria di sekolah beliau, tok ada memohon ke hadrat Allah SWT untuk melihat apa yang sebenarnya telah berlaku. Selepas itu tok pun lakukan apa yang biasa tok lakukan jikalau ingin melihat hal hal begini. (Masing masing ada cara masing.. jadi tok tak perlu cerita apa cara yang tok gunakan.)

Tiba tiba tok berada di hadapan sebuah rumah dua tingkat bersama kumpulan remaja bermotor. Sambil itu kumpulan tersebut membuat bising ala ala cara mat rempit (bukan Adnan Sempit). Sambil bersembang mereka menarik narik throttle minyak untuk test bunyi ekzos motor masing masing. Masa ini kehadiran tok tidak disedari oleh mereka. Tidak lama kemudian tok dengar seorang perempuan India menjerit jerit dari atas rumah yang bertingkat dua itu menyuruh budak budak itu diam.

Beliau pun turun ke bawah rumah sambil marah marah dan tok lihat budak budak remaja itu bertempiaran lari tanpa meninggalkan motor mereka. Beliau tok lihat adalah seperti berbangsa India kerana dialek bahasa yang digunakan dan jugak pakaian beliau yang bernama kurtha. Walau pun tok nampak beliau tetapi wujud beliau adalah seperti bayang bayang yang agak jelas tetapi boleh di pandang tembus. Tok dapat mengagak yang beliau ini ada kemungkinan dari golongan jin.

Tok pun berjumpa beliau di dalam keadaan beliau yang masih marah marah. Tok cuba mendapat kepastian kenapa beliau marah marah. Rupanya selama ini beliau sudah puas bersabar dengan perangai budak budak tersebut yang suka melepak dan membuat bising betul betul di halaman rumah beliau. Dalam keadaan bersembang itu keadaan sudah mula berubah dimana tiba tiba sahaja orang (manusia) mula ramai disekeliling tok. Sambil mereka melakukan aktiviti harian tanpa melihat dengan siapa tok bersembang. Tok teruskan juga bersembang sambil manusia manusia ini melihat tok seperti orang gila yang bercakap cakap seorang. Walaupun boleh menggunakan bahasa hati.. tok tak tahu kenapa tok menggunkannya di ketika itu.

Sembang kami pula berterusan, dimana tok mula membebel dengan beliau mengenai alam manusia dan jin yang berbeza. Mana mungkin kalau alam manusia buat bising beliau boleh dengar, kecuali jika beliau yang masuk ke alam manusia. Itu adalah masah beliau, siapa suruh masuk alam manusia. Jadi senang cerita tok berkata pada beliau jangan lah cari alasan yang remeh temeh untuk mengganggu manusia. Di ketika itu tok masih lagi bersembang secara baik. Beliau pada mula tidak setuju dengan pendapat tok tetapi terpaksa akur setelah tok membebel berterusan tanpa henti.

Diketika itu datang seorang lelaki seakan melayu yang agak tinggi dan tegap berdiri diantara tok dan perempuan India tersebut. dan tok tahu tujuan beliau memang untuk menghalan pandangan tok darpada melihat perempuan tersebut. Yang pastinya tinggi beliau adalah 1.5 kali lebih tinggi daipada tok dan beliau tidak seperti manusia lain, dan beliau dapat melihat perempuan tersebut...

bersambung.......

Mengenal Diri - Part 8 - Finale

Bila cukup sepuluh hari, tok mula tuntut RM1000 tok tuk. Dan bermula lah episod elak mengelak. Tak dapat payment lagi lah. Tak untung la. Kena tipu lah. Kadang kadang bayar balik RM50. Itu pun jenuh mintak. Letih la tengok tok guru Ilmu Mengenal Diri ni. Katanya boleh tarik rezeki 40 penjuru alam. Kalau tarik rezeki dengan cara ni letih la. Tarik rezeki orang lain untuk rezeki diri sendiri. Sehingga sekarang.. dah 10 tahun, tok pun dah tak ingat berapa tok guru tu hutang tok. Rasanya lebih RM600. Itu tok charge interest lagi tu macam yang tok kena dengan syarikat kredit card.

Hancur tok tengok tok guru ni. Tok pun tak tahu hidup ke dah mati beliau ni. Tapi tak tahulah pulak kalau beliau ni ada nyawa seperti kucing (kata orang putih), yang mempunyai 9 nyawa. Lepas mati hidup balik sebanyak 9 kali. Tah berapa ramai la lagi yang kena macam tok. Boleh tarik rezeki la katakan, tak la kat mana pun. Walaupun sekarang ni tok dah malas nak follow up hutang tersebut, tapi itu bukan bermakna tok dah lupa kan. Suatu hati nanti tok akan tuntut balik. Tak tahu lah bila harinya...

Mengenai Ilmu Mengenal Diri ni.. tok tak mahu komen apa apa. Kadang kadang ilmunya betul. Tapi pembawaan orang yang tak betul. Yang sebenarnya intipati dalam cerita tok ni, bukanlah nak komen pasal Ilmu Mengenal Diri yang tok jumpa ini, tapi sebenarnya adalah lebih kepada tok guru yang kononnya mempunya Ilmu Mengenal Diri...

TAMMAT


Mengenal Diri - Part 7

Sehingga ke hari ni.. rasanya dah 10 tahun berlalu. Satu panggilan atau pun pengesahan pun tok tak dapat daripada mana mana syarikat MLM. Bila ditanya.. tok guru kata "nanti saya check". Ada sekali tu jawapannya... "diorang salah key in nama, tu sebab lambat". Yang pastinya sampai sekarang tok tak tahu apa nama syarikat MLM tu.

Ada suatu hari tu.. tok guru telefon secara tergesa gesa. Beliau mintak jumpa, katanya.. "ada hal penting nak mintak tolong". Macam biasa lah.. tok layan aja. Rupanya beliau ingin meminjam RM1000 (seribu) untuk modal perniagaan. Beliau janji dalam masa 10 (sepuluh) hari pasti bayar balik. Ini kerana beliau sudah dapat satu projek tapi tak cukup modal untuk mulakan. Tok kata.. tok tak ada cash banyak tu, credit card adalah. Dipujuk tok untuk buat cash withdrawal guna credit card tersebut. Macam biasalah.. tok ketika itu memang baik hati (kununnya), pantang orang mintak tolong, pasti tok tolong.

Kami pun pergila lah ke bank untuk buat cash withdrawal guna credit card. Tapi tok ingatkan kembali pada tok guru, "dalam masa sepuluh hari mesti kena bayar, sebab credit card punya cash withdrawal, interestnya sangat tinggi". Tok tak pula kena kan bunga pada tok guru sebab hajat ingin membantu sesama Islam. Selepas dapat RM1000 tu beliau pun berjanji akan bayar balik dalam masa sepuluh hari.

bersambung.......

Mengenal Diri - Part 6

Bila sembang sembang di kedai mamak, biasa lah.. ceritanya lebih kearah ilmu mengenal diri dan apa kelebihan dah faedah yang akan tok dapat. Termasuk juga kelebihan kelebihan yang ada pada diri tok guru. Beliau juga mengaku yang beliau pernah mati sekali dahulu. Tak sempat di kafan, beliau hidup kembali. Kalau setakat mengubat, cukup sekadar di kedai kopi. Tak perlu ada ritual ritual khas. "Semuanya di lakukan oleh diri yang dalam" .. katanya. Beliau pernah berjumpa dengan empat diri beliau yang lain secara bersemuka dengan menggunakan ilmu ini. Masa ni tok memang impressed la dengan beliau.

Akhir sebelum berpisah, beliau ada mengajak tok menyertai satu skim Multi Level Marketing (MLM) yang beliau baru sertai. Katanya boleh untung beribu ribu dengan modal RM150 sahaja. Syaratnya dengan mencari dua orang "downline" untuk menyertai dengan modal yang sama. Jikalau tok menyertainya, tok akan dapat beberapa barang juga. Untuk mencari dua orang yang lain, tok tidak perlu gusar, kerana sistem MLM yang di guna pakai ini akan automatik meletak di bawah tok jikalau tok tidak dapat mencari downline. Oleh kerana tok ketika itu agak senang, maka tanpa berpikir panjang, tok serahkan sahaja RM150 pada beliau.

Sebelum berpisah, tok dikehendaki menunggu panggilan atau surat daripada MLM tersebut sebagai pengesahan menyertai program yang telah di ceritakan.

bersambung...

Sunday, February 14, 2010

Mengenal Diri - Part 5

Selepas malam itu.. tok jalan kan hari hari macam biasa. Tak ada langsung buat latihan gerak diri seperti yang di suruh. Anak murid cemerlang lah katakan. Apa barang buat latihan. Kalau dah cemerlang tu.. anytime boleh guna. Lagi pun dah mula teringat... ini semua untuk kelebihan, boleh mengubat, boleh bersilat sendiri, boleh tarik rezeki 40 penjuru alam dan macam macam lagi. Ini semua bukan kehendak tok. Tok kalau boleh memang nak mengelak untuk menjadi perawat atau tok guru ilmu ilmu kebatinan dan seangkatannya. Jadi.. anak murid cemerlang bercadang untuk tidak mengamalkannya.

Beberapa hari selepas itu, tok guru ada menelefon tok bertanya kan perihal tok. Seperti biasa, walaupun tok bercadang untuk tidak mengamalkan ilmu itu. Adab tetap kena jaga, apatah lagi dengan orang tua. Tok ada terpikir, bagus jugak tok guru ni.. sebab dia call anak murid. Jarang tok guru yang power power yang buat camni. Selalunya anak murid yang akan call tok guru untuk bertanya khabar.

"Ada buat latihan tak?".. tanya tok guru..

Tok nak jawab apa lagi.. mesti lah kata "ada". Walaupun tok tak buat apa. Akhirnya tok guru ajak bertemu, katanya kebetulan beliau ada berhampiran dengan opis tok. Tok tak pikir panjang, terus mengia kan. Jarang sekali tok guru ada yang baik camni, yang betul prihatin dengan anak murid. Paling kurang "follow up service" dia memang bagus sekali..

Tok pun jumpa la beliau di satu kedai mamak yang memang dekat betul dengan ofis tok.

sambungan...

Mengenal Diri - Part 4


Pergh.. dah Part 4 dah... Tak perasan lah, cerita bab Mengenal Diri ni langsung tak ada gambar. Jadi tok letak le satu gambar yang tok ambik dari internet juga. Sebagai iklan..

sambungan....

Mengenal Diri - Part 3

Ketika upacara tersebut, tok perasan tok guru dan anak murid beliau seperti cuba mengangkat tangan tok tetapi dengan cara tidak menyentuh. Kalau nak bayangkan lebih kurang orang main "puppet" yang guna tali tu. Gerakkan tangan yang memegang tali dan "puppet" tu pun bergerak mengikut tali mana yang digerakkan. Mula mula tok pun pelik jugak.. apa lah yang diorang ni nak buat?. Bula dah lama sangat baru lah to perasan yang diorang cuba menggerakkan diri dalam tok untuk bergerak. Bila dah lama sangat.. tok pun layan lah.

Mula mula tangan kanan tok mula terangkat. Sebenarnya.. tok yang gerakkan. Lepas tu.. tangan kiri tok pula mula terangkan. Yang ni pun tok yang gerakkan jugak. Akhirnya tok gerakkan kedua dua tangan tok sampai pergi bersilang silang kemudian patah balik. Sekali sekala mendepa.. dan perbutan itu seperti di gerakkan oleh mereka. Tapi sebenarnya tok yang gerakkan. Setelah lebih kurang 15 minit aksi gerak menggerak tangan ini, maka upacara ini pun tamat.

Ucapan tahniah di lafazkan pada tok kerana berjaya mengeluarkan diri dalam. Katanya bahawa pergerkan tangan tok tadi adalah pergerakan diri dalam. Tugas mereka sebenarnya adalah untuk membangkitkan diri dalam yang sudah lama mati. Tok pun layan je lah. Apa yang tok boleh buat lagi. Tapi yang pastinya tok di sebut sebagai anak murid yang cemerlang kerana barusekali upcara sudah berjaya menghidupkan diri dalam. Ha'a.. betul la tu...

Sebelum pulang kerumah.. tok dinasihatkan untuk mandi malam itu juga dengan, limau , akar sintok dan air mawar. Kain kapan itu pula cuma petlu disimpan sahaja. Malam itu bila sampai dirumah tok terus sahaja jalankan apa yang di nasihatkan.

bersambung....

Saturday, February 13, 2010

Mengenal Diri - Part 2

Antara syaratnya yang tok ingat adalah..

1. Limau.. - tak ingat limau apa.. tapi banyak, ada jugak sekilo tok beli
2. Akar Sintok - tanya Lebai Google kalau tak tahu apa benda ni
3. Kain kapan - kain putih la
4. Air Mawar - ini jual siap dalam botol
5. Duit - Ikut harga 100gram emas ketika itu. (yang ni tok ingat ingat lupa)

Lepas tu tetapkan tarikh untuk menerima Ilmu dan belajar.

Selepas cukup barang dicari maka tok pun tetapkan lah tarikh untuk menerima Ilmu. Upacara ini dilakukan di rumah salah seorang murid kanan beliau. Dan di hadiri oleh beberapa orang murid yang lain.

Sebelum upacara di mulakan.. sembang sembang dulu. Yang pastinya sebang sembang tersebut ter arah kepada kelebihan dan kehebatan sahaja. Belum ada lagi cerita bagaimana untuk mengenal Allah dengan ilmu ini. Bagi darah muda tok ketika itu.. belasah dulu apa nak jadi pun, tok nak tengok dan merasa kehebatan ilmu ini. Rasanya lebih kurang sejam lebih bersembang baru lah upcara dimulakan.

Barang barang yang tok beri dijampi dahulu. Tok tak pastilah sama ada di jampi atau di doa. Kemudian tok dikehendaki duduk di atas sejadah. Bagaimana cara duduknya.. tok dah lupa. Yang tok pasti.. tok dikehendaki bertenang dan kalau rasa badan ingin bergerak.. biarkan sahaja. Begitulah lebih kurang kata tok guru tersebut.. Sambil itu tok dikelilingi oleh tok guru dan anak anak murid beliau....

bersambung.....

Mengenal Diri - Part 1

Kesah ini berlaku bertahun tahun dahulu ketika tok sebok dengan ke inginan untuk belajar ilmu yang di katakan "Mengenal Diri". Ketika itu ungkapan yang biasa tok dengar adalah "Siapa Kenal Diri Maka Dia Akan Kenal Allah". Maka dengan ungkapan tersebut, jalan mudah untuk mengenal Allah adalah dengan mengenal diri. Setelah berbagai bagai buku tok baca, dan sedikit research dalam internet maka tok berkenalan dengan seseorang yang mengaku sebagai guru didalam sesuatu perguruan yang terkenal dengan Ilmu Mengenal Dirinya.

Pada pertemuan pertama adalah sesi berkenalan dan suai kenal sahaja. Ini berlaku di kedai kopi sahaja. Masa tu berbagai bagai ceritalah keluar dari guru tersebut bagai mana hebatnya Ilmu Mengenal Diri ini.

"Boleh Tarik rezeki, boleh silat sendiri, boleh gerak sendiri, boleh mengubat..." kata guru tersebut. Dalam kepala tok.. dasyat jugak Ilmu ni... dari A sampai Z semua boleh buat. Sambil sambil guru tersebut pun ceritalah serba sedikit tentang kebolehan beliau dan juga beberapa anak murid beliau. Kesah ni sudah agak lama.. jadi tok berapa ingat dah kebolehan kebolehan dan kelebihan kelebihan yang beliau cerita sehingga membuat kan tok ingin cepat cepat belajar.

"Bagai mana hendak belajar?" antara soalan tok bila dah meleleh air liur disebabkan asyik mendengar hal hal kehebatan yang beliau ceritakan. Masa ni rasanya dah lupa dah tujuan asal nak mengetahui ilmu ini.. iaitu "Siapa Kenal Diri Maka Dia Akan Kenal Allah". Yang ingat "kenal Diri Untuk Kelebihan dan Kehebatan".

bersambung.......

Tuesday, February 2, 2010

Histeria Di Sekolah Pak Long - Part 2

Ada sekali hari tu tok bersembang dengan nenek mengenai cerita histeria di sekolah Pak Long. Mulut tok terlepas mengatakan bahawa ada hikmahnya di sebalik kejadian ini. Agak panjang jugak teori tok ni. Bermula daripada asal cerita Pak Long yang dapat keputusan UPSR 4A1B dan bercita cita untuk masuk ke Kelas Rancangan Khas. Kerana terlalu ramai budak cemerlang yang mendapat 5A dalam UPSR, jadi nama Pak Long hanya tersenarai dalam standby list sahaja. Dan mungkin Pak Long tak kan dapat masuk Kelas Rancangan Khas langsung jikalau budak budak yang mendapat 5A tidak mahu ke asrama. Jadi dengan berlakunya cerita histeria ini, maka pastinya budak budak cemerlang tersebut tidak mahu sekolah lagi di tempat yang di katakan berhantu ini. Dan tok katakan pada nenek, InsyaAllah Pak Long akan dapat masuk Kelas Rancangan Khas dan bila budak cemerlang 5A mula ke asrama, kes histeria ini akan hilang dengan sendirinya.

Apa yang tok cakapkan pada nenek juga tok terlepas cakap pada kawan kawan tok. Akhirnya, Pak Long dapat jugak ke Kelas Rancangan Khas bermula semalam. Dan dengan izin Allah juga.. semalam tiada kes histeria berlaku di sekolah Pak Long.

Apa yang merisaukan tok... kerana cerita teori tok yang tok sampaikan pada kawan kawan tersebut hampir menjadi kenyataan dan kawan kawan tok pun ada mempunyai teori masing, antaranya ialah, TOK YANG LETAK BENDA BENDA TERSEBUT DI SEKOLAH PAK LONG.

Histeria Di Sekolah Pak Long - Part 1

Minggu lepas: Selama seminggu Paklong balik sekolah mengomel ngomel. Ada hari yang beliau terpaksa balik awal. Ada hari juga yang Pak Long balik terhencot hencot kerana tergeliat kaki atau pun kaki terpijak orang angkara berlari berebut berlari balik ke rumah.

Katanya ada histeria di sekolah.

"Ada budak kena rasuk bah... jalan terbongkok bongkok macam orang tua", kata Pak Long.

"Ramai ke yang kena?", tanya tok pada Pak Long.

"Lebih dari pada dua puluh orang", kata Pak Long lagi.

Tok tak cakap banyak, komen pun tak da. Bagi tok biasa lah.. apatah lagi kawasan perumahan tok ni memang di kelilingi oleh Ladang Kelapa Sawit, kolam kolam tinggal, sedikit kawasan berpaya. Tapi kenapa sekarang? Setelah hampir 7 tahun tok tinggal kawasan ini, ini adalah kes pertama histeria. Setakat bola bercahaya terbang itu biasa, orang kena rasuk pun biasa jugak, orang jumpa polong langsuir dan seangkatan pun perkara biasa. Tapi ini kes histeria satu minggu terus menerus budak kena kacau. Sampai kan mak bapak yang buat bacaan Yassin beramai ramai di sekolah pun kena ganggu jugak.

Yang pastinya dah berapa kali Pak Long guna kan alasan histeria tersebut untuk ponteng sekolah..

sambung...