Semasa kecil dahulu tok selalu melihat kelibat harimau di dalam rumah tok. Tapi yang pastinya di ketika itu tok sedikit pun tidak merasa takut. Di ketika tidur kadang kadang tok ada juga terlihat mata yang bersilau di dalam kegelapan malam seperti mata kucing tetapi kedudukan matanya adalah lebih tinggi berbanding kucing. Perkara ini tok biarkan sahaja sehingga tok dewasa dan tok tidak pernah cerita kan hal sebegini pada sesiapa pun.Yang pastinya tok tidak pernah ambil peduli untuk membuang saka ini. Asalkan mereka tidak mengganggu tok dan keluarga tok, tok tak kisah. Datang la, kalau tok boring, tok layan lah saka ini bersembang. Sehingga sekarang tok boleh terus berkomunikasi dengan saka harimau ini, tetapi bukan dengan cara suri yang nyata. Tok pernah mencabar saka ini untuk menzahirkan diri ke alam nyata, sehingga kini saka harimau ini belum boleh lagi menzahirkan diri. Bukan apa, tok sebenarnya terhingin jugak menunggang harimau.
Asal usul saka ini adalah melalui keturunan tok yang terdahulu yang pernah membuat perjanjian bersaudara dengan makhluk Allah S.W.T ini. Memandangkan perjanjian persaudaraan telah di buat dahulu, maka persaudaraan tetap di teruskan oleh saka ini terhadap anak cucu sekarang. Biar la nak bersaudara pun, asalkan tidak menyusahkan sudah lah. Nasiblah saka ini tidak pernah mintak apa apa dari tok, apa yang di minta hanya la perhubungan persaudaraan di teruskan sahaja. Atas dasar kasih sayang sesama makhluk Allah S.W.T to biarkan sahaja. Tak apa la, tok anggap macam bela kucing sahaja.









