Sejak tok join syarikat baru ni, makin banyak pulak tawaran kerja yang datang. Semalam tok dapat panggilan dari Agensi Mencari Pekerja yang berpusat di KLCC. Katanya, Syarikat IT yang menyokong Syarikat Carigali Minyak terbesar di Malaysia sedang mencari pekerja yang sesuai dengan pengalaman dan kelayakan tok. Beliau bertanya, adakah tok berminat. EH!!! mestilah tok minat kalau gaji dan imbuhan lain nya menarik. Apalagi terus lah tok update Resume dan memasukkan pengalaman sekarang, kena pulak syarikat yang tok bekerja sekarang adalah berkaitan "oil and gas". Ish, rasanya memang sesuai benar....kot
Apa apa pun.. prosesnya panjang lagi, dan juga bergantung pada rezeki. Sesiapa yang nak guna Agensi untuk cari kerja, proses normalnya adalah seperti di bawah:
Step 1: Daftar dengan Agensi (selalunya free, kalau kena bayar jangan layan).
Step 2: Interview dengan Agensi.
Step 3: Agensi akan cari kerja yang sesuai dengan kelayakan.
Step 4: Kalau ada jawatan sesuai, Agensi akan tanya kita berminat atau tidak.
Step 5: Kalau berminat, Agensi akan forwarkan latest resume kita ke Syarikat berkenaan.
Step 6: Syarikat akan review resume, kalau sesuai mereka akan panggil interview, kalau tak sesuai mereka akan diam sahaja. Selalu status ini kena rujuk dengan Agensi.
Step 7: Datang interview dengan Syarikat. Tepulang pada Syarikat sama ada kena datang 2nd interview ka atau ujian bertulis atau melalui apa sahaja jenis interview atau ujian. Barang/Sijil yang perlu di bawa ketika interview akan ditentukan oleh Syarikat.
Step 8: Tunggu keputusan dari Syarikat. Kalau lama tiada berita, boleh rujuk status dengan Agensi.
Sepatutnya kita tidak perlu keluar duit satu sen pun pada Agensi, kerana mereka akan Charge pada Syarikat berkenaan mengikut jumlah gaji yang ditawarkan kepada "candidate" yang berjaya.
Contohnya:
Kalau "candidate" yang dipilih ditawarkan gaji RM10,000 sebulan, maka Agensi akan dapat komisen RM10,000 untuk "candidate" berkenaan yang di Charge kepada Syarikat. Oleh sebab itu, kebaikan guna Agensi adalah Agensi akan pastikan kita dapat gaji yang tinggi, kerana komisen Agensi bergantung pada nilai gaji yang di tawarkan.
Apa apa pun proses ini panjang lagi. Dan tok pun dah biasa deal dengan banyak Agensi, setakat ini belum ada yang berjaya pun.